Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Ekoran daripada kenaikan harga barangan yang terbaru iaitu beras, kini harga menu berasaskan nasi NAIK. Setiap peniaga mengharapkan semua pelanggan MEMAHAMI situasi ini. Ya…bagi pelanggan terpaksa menerima apa sahaja yang dikenakan oleh para peniaga. Suka atau tidak, itulah scenario terkini yang terpaksa ditelan pahit, walaupun menu nasi itu sebenarnya sedap belaka.
Itulah dapatan yang dikesan oleh sebuah akhbar meninjau ada sesetengah peniaga menaikkan harga menu nasi atau mengurangkan kuantiti nasi kepada pelanggan. Rata-rata kenaikan adalah sebanyak 20 sen. Ini semuanya atas alasan bagi mengelakkan kerugian kata peniaga. Lebih teruk nanti, kebanyakan para peniaga bimbang dan resah, kalau-kalau ada kenaikan harga barang keperluan lain pula yang naik. Kalau gitu… bertambah mahallah harga sepinggan nasi goreng, nasi lemak, nasi dagang, nasi briyani dan sebagainya. Pelanggan di ibu kotalah yang terpaksa menerima kesan mendalam berbanding di luar bandar.
Kalau kenaikan harga beras tak dibendung dan berterusan kenaikan harga, rasanya perlu ditukar tradisi pemakanan ruji kita nasi kepada jenis makanan yang lain? Nyata nanti ramai yang belum bersedia atau tidak mungkin rasanya. Aku berharap mak cik yang menjual nasi lemak peparu kegemaranku masih belum menaikkan harga sebungkus. Kalau naik juga… terpaksalah terima, atas alasan gemar akan kesedapannya. Nasi..oh..nasi..
p/s : Perlukan khidmat menaip & kesetiausahaan?. Perkhidmatan yang disediakan seperti menaip laporan, buku, minit mesyuarat, kertas cadangan, pencari maklumat, kemasukan data dalam SPSS dan sebagainya. Sila email ke nurul_ameerah@yahoo.com untuk keterangan lanjut.