Assalamualaikum & salam sejahtera,
…..TRUE LOVE is when you found out your partner’s mistakes, sees the weaknesses and discover the imperfection, and yet you still can’t live without that person……
Kata-kata di atas adalah pepatah bagi mengungkap perasaan pada seseorang insan yang kita kasihi dan cintai. CINTA itu BUTA adalah ayat yang memayungi erti hubungan yang diikat dan dijalini. Mencari kepastian dan kebahagiaan untuk suatu hubungan hidup bersama. Harapan dan keyakinan harus bersatu bagi mengepis segala dugaan dan halangan yang menimpa. Jika tidak, harapan yang diletakkan akan jatuh sehingga keyakinan yang dibina itu akan juga runtuh berderai tanpa boleh dibangunkan lagi.
Sesungguhnya dalam sebuah hubungan kasih sayang dan cinta ada berbagai kisah penceritaannya yang tersendiri…
Namun, kebahagiaan yang sejati tidak pernah kelihatan oleh mata kerana kebahagiaan sejati itu terletak pada jiwa. Ada pepatah mengatakan, “cinta sejati memiliki perisa sejati”. Setiap apa yang kita lalui dan hadapi jika berlangsungnya keikhlasan pasti kesejatian dalam berbagai bentuk akan mengekalkan apa sahaja. Hanya DIA sahaja yang tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Percaturan dariNYA mengetahui dan mengatasi segala-galanya.
Dalam keinginan untuk mencapai apa yang diidamkan hampir terpaksa menempuh berbagai halangan dan dugaan. Menjadi warna-warna kehidupan yang penuh dengan suka duka, keluh kesah, hitam putih dan sebagainya. Sehingga ianya menuntut suatu pergorbanan bagi kebahagiaan orang lain. Orang kata…tak baik tamak… kerana sifat tamak menyebabkan hati seseorang itu lemah dan kejam. Maka, pengorbanan itu perlu. Pasti nanti kesejahteraan hati dan jiwa kita akan tenteram dan tenang. Walaupun remuk… kebahagiaan menanti dalam kesabaran.
Qadaq dan qadar adalah kuasaNYA. Walau usaha tinggi dan melangit sekalipun, rintangan yang berjaya ditempuhi, tapi kalau bukan rezeki atau jodoh, tak mungkin pasangan itu akan bersama. Mungkin masa bersama sebelum berpisah adalah kebahagiaan dan nikmat sementara. Hanya seketika untuk diselami dan dirasai. Jangan disalahkan pada perpisahan, mungkin itu yang terbaik bagi memberi laluan untuk percaturan kehidupan yang lebih bermakna.
Mencari gebar cinta bagi menyelimuti diri bersama adalah kenikmatan yang sungguh sungguh sungguh indah. Melindungi diri bersama ketika kesejukan mencengkam, untuk menepis api kemarahan yang menyinga. Itulah suasana susah senang dalam menempuhi kehidupan yang penuh onak dan ranjau. Namun, biarlah ianya datang dengan sendirinya, dalam pencarian GEBAR CINTA…
ANIS…bermonolog dalam hatinya…..