Assalamualaikum & salam sejahtera,
Apakah keputusan terbaru yang anda buat itu mengikut perasaan melulu atau setelah mengambil kira berbagai faktor yang mempengaruhi?
Adakah keputusan yang anda ambil itu adalah yang PALING TEPAT atau YANG TERBAIK?
Manusia sering berada di dalam situasi DILEMA bila disuruh membuat keputusan. Ya, samada A atau B. Walau apapun keputusan yang dibuat, itulah adalah berdasarkan gerak hati kecil kita. Keputusan atau pilihan yang sukar harus dibuat terutamanya berkaitan dengan hati dan perasaan untuk satu hubungan yang telah lama terjalin. Besar berkemungkinan ianya betul atau boleh jadi salah dan tidak tepat, setelah difikir dan ditimbang, tapi itu semua kerja Tuhan yang menentukan. Mungkin itu yang terbaik buat dirinya. Walaupun yang tidak tepat pada waktu dan ketika itu, mungkin jangka masa panjang ianya yang terbaik.
Pasti ramai yang tidak setuju dengan diriku, apakah perbezaan paling tepat dan yang terbaik sebenarnya. Paling tepat ialah kita seakan-akan pasti bahawa pilihan atau keputusan yang dibuat tiada cacat celanya. Tidak sanggup menerima sebarang kesilapan keputusan dan akan membuat diri rasa tertekan. Kononnya telah melihat setiap ruang yang menyeluruh kerana tepat membawa maksud tiada seincipun kesilapan dalam membuat keputusan. Manakala, yang terbaik, walaupun keputusan yang dibuat benar atau salah, penerimaan kesan di atas pilihan yang dibuat itu akan membuatkan diri seseorang itu bersedia akan kesan atau akibat yang diputuskan. Memerlukan kecerdasan emosi yang tinggi untuk menerima apa sahaja kesan buruk jika tersalah langkah. Kekuatan hati dan perasaan perlu.
Keputusan yang aku buat baru-baru ini adalah yang TERBAIK bukan yang paling TEPAT kerana mengambil kira hati dan perasaan, peristiwa yang berlaku, kata-kata yang dilafazkan, jangkamasa hubungan ini berlangsung, janji-janji yang diungkap dan dimeterai dan warna-warna yang mewarnai kehidupan dalam hubungan ini demi kebahagiaan, kesenangan dan kemudahan orang lain. Agar ketidakbolehan aku menerima kejadian itu tidak terus sakit, mengecewakan hati aku, lantas remuknya… terus buat aku terduduk hingga tertiarap menahan hiba dan kepiluan. Akan aku tanggung segala kesan dan akibat di atas keputusan yang dibuat. Sakit, pedih atau tertekannya hati dan perasaan bagi menanti apakah yang berada di hujung di sana dengan penuh kesabaran.
Aku bermohon padaNYA, kuatkan hati dan tetapkan imanku agar aku boleh terus berdiri teguh menempuh liku-liku kehidupan. Aku pasrah.
ANIS…terus bermonolog dalam hatinya lagi….