Assalamualaikum & salam sejahtera,
Semalam, selepas pulang mengambil anakku dari sekolah, ajakan dia untuk membeli hadiah untuk cikgu-cikgunya di sekolah kerana esok, 16 Mei ialah hari guru. Aku tersenyum, hampir terlupa aku di buatnya. Ok, kita singgah beli beberapa hadiah sebagai memperingati jasa dan bakti yang dicurahkan. Bukan hadiah yang mereka inginkan ku kira, tapi ilmu yang diajar itu terus melekat dan menggunakannya sehingga dewasa dan akhir hayat. Keberkatan ilmu kerana keikhlasanmu dan perit jerih mencurahkan tenaga yang tak terhingga dapat dibalas.
Kepada semua cikgu-cikgu yang dikasihi dan yang ku kenangi kerana bersusah payah mengajar dan mendidik aku dari sekolah rendah hingga ke menengah dan hingga aku di universiti. Samada cikgu atau pensyarah, mereka semua adalah guru, tenaga pengajar yang telah bersusah payah mencurahkan ilmu dengan mengajar dan mendidik aku dan sekian murid-murid agar maju, berilmu dan berjaya dalam hidup.
Bagaikan lilin yang membakar diri untuk memberi cahaya menerangi hidup seseorang itu. Aku teringat zaman persekolahan aku di sekolah rendah mahupun menengah. Berbagai ragam, cerita dan peristiwa yang menjadi kenangan dan memori indah dan juga pahit. hehehhehee. Kena dendalah, kena marahlah… kena rotanlah… hehehhee… zaman kanak-kanak dan remaja yang nakal aku kira…. memori..memori… kalau tak kena marah … tentu tak jadi orang agaknya. Kata orang… bila dimarahi, maksudnya kita sayang dan ingin memperbetulkan kesalahan yang dilakukan dan menuju kehidupan yang betul. Begitu juga aku kini, kekadang memarahi anakku, bukan kerana suka-suka atau benci tapi ingin mendidik dan memperbetulkan sikap dan tingkahlaku agar betul dan tidak tersilap langkah. Menjaga adab dan tertib.
Kepada semua cikgu-cikgu di mana sahaja berada, ku ucapkan “Selamat Hari Guru”. Terutama, kakakku, Cikgu Tina dan arwah bapa mertuaku jika masih hidup. Pengorbanan dan curah bakti untuk suatu ilmu yang berguna akan ku kenang hingga akhir hayat. Ucapan jutaan terima kasih.
