JANJIKU

By nurulameerah

Assalamualaikum & salam sejahtera,

“”"”

Aku memang nekad… ke”nekad”an aku adalah disebabkan peristiwa yang berlaku dan janjiku dahulu. Janji yang pernahku luahkan suatu ketika dahulu padanya di awal permulaan hubungan ini diikat dan disemai. Jika aku sudah tidak diperlukan dan bila aku tahu ada perempuan lain yang bertakhta dihatinya, aku akan UNDUR diri…..telah diberitahu seawal dahulu, aku bukan jenis perempuan yang suka berebut. Maka, itulah pilihan terbaik yang perlu aku tunaikan.

Dia sebenarnya tidak mampu kali ini untuk menjawap persoalan yang aku ajukan padanya. Jawapan yang aku terima terlalu longgar dan menampakkan kesangsian yang sangat nyata…sehingga aku nekad membuat pilihan serta tindakan. Aku terdampar sengsara terpaksa menerima kesan dan akibat perlu aku tanggung sendirian.

Aku bukan suruh dia tinggalkan perempuan itu, tetapi…. aku inginkan kepastian apakah bentuk hubungan antara mereka? Dia menyuruh aku membuat andaian sendiri, apabila aku ajukan interpretasi dan persepi aku sendiri, dia TIDAK MENOLAK, seakan-akan MENGIYAKAN apa yang ada di dalam fikiran aku… Jadi.. apakah pilihan terbaik perlu aku buat?. Sudahlah diri terkapai-kapai mencari kekuatan kehidupan… dorongan dan motivasi ….ditambah pulak dengan keadaan hubungan ini. Langkah seterusnya perlu aku buat ialah mengundurkan diri demi kesejahteraan, kebahagiaan dan kejayaan kerjaya diri dia dan aku. Sebelum aku terus dicengkam perasaan sedih, kecewa, musnah dan tertiarap menahan kepiluan. Lagipun dia kini berada di puncak kejayaan hidup… aku tidak mahu menjadi pemusnah….

Aku seorang yang lemah… Aku perlukan dia sebagai kekuatan…. Aku terlalu yakin dengan harapan yang diberikan suatu ketika dahulu… Aku terlalu berharapkan apa yang diucapkan menjadi kenyataan… Aku teriyang-iyang pada janji yang dimeterai… Aku mendambakan peristiwa dan saat-saat indah yang telah berlangsung menjadi realiti yang sukar diungkap dengan kata-kata… Kini, aku hilang segalanya atas… kesangsian dan ketidakupayaan dia memberi jawapan sebenarnya dan menimbulkan keraguan dihatiku ini….

Memang benar kata-kata…”kuda kita boleh  bawa  dan tarik ke tasik… mudah sekali tetapi bagi memastikan ia minum air tasik itu …kita belum pasti mampu…”. Jika kita yakin dan mampu dengan kekuatan diri untuk memujuk dan membelai dengan ikhlas penuh kasih sayang dan secara terus dan tekal pasti, kuda itu berjaya dijinak untuk meminum air di tasik. Cinta yang sejati mempunyai perisa yang sejati… tiada kepalsuan dan kepuraan-puraan, baik di depan atau di belakang..

Itulah janjiku yang telah kusematkan dalam diri bukan atas kelaziman, kepuasan, kehendak, keinginan, kebiasaan, kesukaan dan minat. Mencari keselarian kata-kata yang telah ditanam olehnya dalam diri ini. Kalau aku lalai sebelum ini, aku mohon maaf dan telah aku jelaskan. Jika masih kurang penjelasan, aku hanya insan lemah. Beritahulah….doronglah… agar tidak tersilap langkah…

Terlajak perahu boleh diundur…terlajak kata, mana mungkin boleh ditarik balik… Itulah warna-warna kehidupan dan perjalanan yang telah kita lalui dan menjadi seribu kenangan terindah…     ”"”

Anis…. bermonolog dalam luahan rasa… nukilan hati dan perasaan….

 

Leave a Reply