Archive for June 8th, 2008

Pahit Manis Berpoligami

June 8, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Tertarik dengan cerita benar masyarakat yang berlaku. Nak dikatakan remeh pun tidak tapi itulah realiti yang berlaku. Uniknya cerita masyakarat ini ialah isteri-isteri En Mohamed Nor yang hidup bermadu penuh rukun telah membenar dan mengizinkan suami mereka untuk meneruskan hajat untuk menikah seorang lagi. Maka lengkaplah “kuota” bagi seorang suami yang beragama islam. Jika kebanyakan cerita hidup berpoligami yang menjadi halangan ialah isteri pertama dan seterusnya tapi kali ini ialah pihak mahkamah tidak meluluskan permohonan atas alasan pendapatannya kurang berkemampuan untuk menampung kehidupan 3 orang isteri dan 18 orang anak-anaknya.

Talak dan cerai di tangan seorang lelaki yang bergelar suami. Namun, rezeki, jodoh dan perpisahan adalah ditangan Allah yang maha esa. DIA yang lebih tahu dan mengerti atas segalanya. Apabila aku teliti dan supaya tidak bias dengan mana-mana gender baik aku sebagai seorang wanita yang memang akan kata tidak adil atau di pihak lelaki mungkin akan kata mereka mampu dari segi batin, adil dan kewangannya. Segalanya mungkin nakkan kesempurnaan dan ideal, tapi realistik dan pratikalnya…ianya bukan suatu perjalanan kehidupan yang mudah, senang serta tiada onak yang berduri. Penuh liku-liku, perasaan sedih, geram, terusik pasti akan berdetik di perasaan isteri-isteri yang hidup bermadu.

Aku hanya mampu berkata dan berharap agar keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan akan terus wujud dalam kehidupan rumahtangga En Mohamed Nor dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab yang begitu berat.

Harap kerukunan dan keharmonian rumahtangga terus bersinar dan tiada bercakaran. Bukan senang nak senang. Ianya perlukan keperihatinan dan komunikasi antara perseorangan yang tinggi. Bijak menangani masalah dan tegas dalam membuat keputusan yang terbaik. Mampukah… bolehkah… sanggupkah… yakinkah… pahala untuk mendirikan masjid jika niat yang baik pasti menunggu dan payung emas adalah janjiNYA untuk isteri-isteri yang hidup bermadu.

kahwin_4

 

Kung Fu Panda

June 8, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

7 Jun 2008, Durasi 1.5 jam, GSC Alamanda

Its soooo…funny and hilarious!!! It will make your day! Cayolah cakap den…hehhee. Yup. mula jer di awal cerita Kung Fu Panda sehingga akhirnya, pasti gelak ketawa dan tak kering gusi dibuatnya. Watak seekor panda  bernama “Po” yang gemuk, malas dan kelakar, mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari seni pertahanan diri “kung fu”, tanpa kenal erti putus asa dan ejekan kawan-kawan. Pada mulanya minat itu disimpan di dalam hati, demi untuk menjaga hati bapanya seorang peniaga mi yang menaruh harapan agar Po dapat meneruskan perniagaannya. Tapi akhirnya, bapa Po akur akan pilihan anaknya apabila beliau telah dipilih dan diangkat sebagai “Pahlawan Naga”.

Po akhirnya berjaya memperolehi ilmu kung fu dan dapat menewaskan Tai Lung (watak jahat) yang tamak untuk mendapatkan skrol naga yang dikatakan mempunyai ilmu kung fu yang tinggi. Petikan kata-kata bapa Po iaitu, “tiada rahsia dalam sesuatu ramuan, yang penting ialah percaya akan diri sendiri” telah menaikkan semangat Po untuk bertarung menewaskan Tai Lung.

Cerita animasi kartun ini walaupun nampak ringkas, ringan dan santai, tetapi mesej yang ingin disampaikan penuh bermakna dan sarat dengan pengajaran positif, keberanian, percaya serta yakin akan diri sendiri dan kerohanian. Plot cerita dan kesinambungan amat menarik dengan watak jahat dan baik telah disusun dengan teratur dan menarik sekali. Secara keseluruhan “moral of the story” ialah “:-

  • Balasan jika jahat tetap ada dan yang baik akan berjaya dalam hidup
  • Hubungan dan nilai sahabat yang sentiasa bersama ketika susah dan senang. Kerjasama, tolong menolong apabila masalah dan dugaan menimpa. Keperihatinan perlu tinggi.
  • Hidup ini perlu sabar. Minat adalah faktor utama tetapi yang penting ialah YAKIN dengan diri sendiri
  • Hidup tidak boleh tamak kerana ianya akan memakan diri sendiri dan membawa kemusnahan
  • Jangan pandang rendah akan kebolehan orang lain. Mungkin suatu hari nanti, mereka itulah yang akan menolong kerana kelebihan yang kita tak tahu untuk kongsian bersama

Pada sesiapa yang minat cerita kartun animasi pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Filem yang berbentuk “thinking out of the box” ini bila kita tonton membuat diri rasa tenang dan gembira kerana cerapannya amat mudah sekali. Filem-filem animasi yang serupa seperti Mulan, Happy Feet, Ants dan sebagainya banyak menonjolkan unsur-unsur kehidupan pengajaran yang baik dan murni. Saksikanlah!!!

 

Pedasnya Nasi Lemak, Manisnya Kopi Susu

June 8, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sudah agak lama tidak menulis. Mungkin kesibukan aku di tempat kerja baru ini telah memperlahankan aktiviti dan mencurahkan idea untuk menulis di blog sendiri. Minggu ini adalah minggu pertama aku bekerja di tempat baru. Walaupun agak jauh dari tempat tinggal, namun mungkin itu adalah rezeki aku buat masa ini. Terima sahaja apa yang ada dahulu, setelah 4 bulan lamanya aku menjadi “penanam anggur” yang berbakat. heheheheee….

Selama itulah, berbagai peristiwa telah berlaku. Aku terima dengan pasrah. Baru aku tahu siapa kawan dan lawan. Siapa yang banyak memberi dorongan dan motivasi. Menjadi teman setia di kala aku benar-benar dalam kesusahan dan kesempitan. Menjadi pendengar yang setia dan berempati tentang diri aku. Dugaan yang menimpa, aku jadikan satu tauladan dan sempadan. Ianya memang “turning point” buat diriku.

Buat sahabat yang telah ku kenal sepanjang 4 tahun lalu – “SAR”, terima kasih kerana tak putus-putus dan lekang untuk terus bersama dengan diri ini ketika susah dan senang. Bila aku benar-benar dalam keadaan susah, perlukan semangat, kata-kata dorongan dan motivasi, kau tanpa rasa putus asa atau malas dan benci terus hadir dalam diri ini. Walaupun, kekadang kata-kata yang diluahkan agak pedas tetapi ianya adalah untuk kebaikan diri aku. Kata-kata manis kekadang akan menjahanamkan diriku katanya. Sebaliknya, kebijaksanaan dirinya dalam memberi kata-kata semangat, kekuatan dan jalan untuk aku membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

SAR memulangkan kembali kata-kata yang pernah aku ucapkan kepada dirinya suatu masa dahulu ketika dia di dalam kesusahan  “sabar…sabar..kerana kesabaran umpama pohon yang pahit yang bakal membuahkan buah yang sungguh manis di kemudian hari”..” Aku tersenyum dan mengerti. Aku perlu lebih tabah dan mengumpul segala kesabaran itu walaupun berguni-guni sekalipun dan menanti masa yang sesuai untuk ditunai atas keredhaanNYA. Kerana pasti ada yang menanti di hujung sana untuk mereka yang sabar akan ujian dariNYA. Terima kasih SAR. Mungkin ujian dan dugaan yang menimpa dalam kehidupan kita telah mendewasakan diri dan menjadikan diri terus teguh dan tabah.

Di akhir perbualan kita tempohari, kata-kata darinya “Insya’Allah, sahabat sejati, tanpa mengira waktu susah senang, semoga persahabatan kita kekal hingga akhirat dan sama-sama berdoa agar DIA permudahkan urusan perjalanan hidup kita…”. Yup, doaku, moga kita terus dipanjangkan jodoh untuk bersahabat dan ikhlas serta jujur menjalin dan mengikat tali persahabatan yang murni ni.

Pada semua, moga kita saling menghargai sahabat kita tentang nilai, perasaan dan kedudukan walau apa sekalipun terjadi… tetap kekal dan bersama…Insyallah.

Lagu untuk semua sahabat-sahabat yang benar menjadi teman sejati.

Lagu Arti Sahabat  dari Nidji

tak mudah untuk kita hadapi
perbedaan yang berarti
tak mudah untuk kita lewati
rintangan silih berganti

kau masih berdiri
kita masih di sini
tunjukkan pada dunia
arti sahabat

kau teman sehati
kita teman sejati
hadapilan dunia
genggam tanganku

tak mudah untuk kita sadari
saling mendengarkan hati
tak mudah untuk kita pahami
berbagi rasa di hati

kau adalah..
tempatku membagi kisahku
kau sempurna
jadi bagian hidupku
apapun kekuranganmu