Assalamualaikum & salam sejahtera,
7 Jun 2008, Durasi 1.5 jam, GSC Alamanda
Its soooo…funny and hilarious!!! It will make your day! Cayolah cakap den…hehhee. Yup. mula jer di awal cerita Kung Fu Panda sehingga akhirnya, pasti gelak ketawa dan tak kering gusi dibuatnya. Watak seekor panda bernama “Po” yang gemuk, malas dan kelakar, mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari seni pertahanan diri “kung fu”, tanpa kenal erti putus asa dan ejekan kawan-kawan. Pada mulanya minat itu disimpan di dalam hati, demi untuk menjaga hati bapanya seorang peniaga mi yang menaruh harapan agar Po dapat meneruskan perniagaannya. Tapi akhirnya, bapa Po akur akan pilihan anaknya apabila beliau telah dipilih dan diangkat sebagai “Pahlawan Naga”.
Po akhirnya berjaya memperolehi ilmu kung fu dan dapat menewaskan Tai Lung (watak jahat) yang tamak untuk mendapatkan skrol naga yang dikatakan mempunyai ilmu kung fu yang tinggi. Petikan kata-kata bapa Po iaitu, “tiada rahsia dalam sesuatu ramuan, yang penting ialah percaya akan diri sendiri” telah menaikkan semangat Po untuk bertarung menewaskan Tai Lung.
Cerita animasi kartun ini walaupun nampak ringkas, ringan dan santai, tetapi mesej yang ingin disampaikan penuh bermakna dan sarat dengan pengajaran positif, keberanian, percaya serta yakin akan diri sendiri dan kerohanian. Plot cerita dan kesinambungan amat menarik dengan watak jahat dan baik telah disusun dengan teratur dan menarik sekali. Secara keseluruhan “moral of the story” ialah “:-
- Balasan jika jahat tetap ada dan yang baik akan berjaya dalam hidup
- Hubungan dan nilai sahabat yang sentiasa bersama ketika susah dan senang. Kerjasama, tolong menolong apabila masalah dan dugaan menimpa. Keperihatinan perlu tinggi.
- Hidup ini perlu sabar. Minat adalah faktor utama tetapi yang penting ialah YAKIN dengan diri sendiri
- Hidup tidak boleh tamak kerana ianya akan memakan diri sendiri dan membawa kemusnahan
- Jangan pandang rendah akan kebolehan orang lain. Mungkin suatu hari nanti, mereka itulah yang akan menolong kerana kelebihan yang kita tak tahu untuk kongsian bersama
Pada sesiapa yang minat cerita kartun animasi pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Filem yang berbentuk “thinking out of the box” ini bila kita tonton membuat diri rasa tenang dan gembira kerana cerapannya amat mudah sekali. Filem-filem animasi yang serupa seperti Mulan, Happy Feet, Ants dan sebagainya banyak menonjolkan unsur-unsur kehidupan pengajaran yang baik dan murni. Saksikanlah!!!
Tags: Animasi, Filem, Kartun, Kung Fu Panda