Assalamualaikum & salam sejahtera,
JANJI kerajaan ialah tiada kenaikan dalam harga barangan dan perkhidmatan jika kenaikan petrol dilaksanakan kerana subsidi telahpun diagihkan bagi keperluan lain. Suatu JANJI yang diluahkan tanpa perlu diragu dan disangsi. Tapi tup tup lain pula yang terpancul keluar. Adakah ini “kenyataan” yang tersasar atau mungkin “pembohongan” yang tepat. Menyeru rakyat untuk menjadi “MATA dan TELINGA” kepada kerajaan agar melaporkan mana-mana syarikat, penjual atau individu yang telah menaikkan harga barangan atau perkhidmatan supaya dapat membuat pantuan serta kawalan dan tindakan kepada mereka itu.
Wajarkah atau tepatkah tindakan sedemikian. Sejarah telah membuktikan, walaupun naik 10 sen atau 20 sen, harga barangan dan perkhidmatan tetap akan NAIK. Inikan pula 0.78 sen beza yang sangat ketara, tentu para penjual atau individu akan menaikkan harga tanpa perlu berlengah atau tunggu walau seminit atau sehari sekalipun. Bagaikan tak boleh ditahan-tahan lagi. Mangsanya ialah pembeli yang NYATA sekali. Nak mengeluh?.. Nak membebel?.. Nak mengamuk?.. Nak menagih simpati?.. Nak mengadu?.. Apa yer perlu buat?.. rasanya itu semua tak boleh digunapakai langsung dalam senario kerajaan yang memimpin. Hitam hitamlah… putih putihlah.. Memang rakyat Malaysia sungguh baik hati. Menerima dalam terpaksa.
Bagi yang kaya dan berkedudukan, pastinya tak sedikitpun terjejas. Bagaimana pula yang miskin dan kurang berkemampuan. pastinya di takuk lama dan tak berkembang gamaknya. Betullah kata-kata pepatah “yang kaya bertambah kaya dan yang miskin tambah miskin”.
Baru-baru ini, kenyataan akhbar telah memaparkan perbandingan harga minyak antara Malaysia dengan negara jiran tetangga kita Singapura, Thailand dan Filipina yang menunjukan harga petrol di Malaysia dikatakan jauh lebih rendah. Tapi tak kirakah pertukaran mata wang dan sebagai negara pengeluar minyak. Buatlah perbandingan yang setara. Bila bercakap sedemikian, rakyat juga dikatakan nanti tak tahu dan gagal melihat kehadapan dan lebih komprehensif. Kerajaan TERPAKSA lakukan sebab harga petrol setong dunia telah naik mencanak-canak dan kos mencari gali minyak telah meningkat 100% – 200% , jadi tak mungkin lagi kerajaan mampu untuk memberi subsidi.. Kerajaan dah habis idea dan usaha dalam memikirkan jalan untuk sama-sama menanggung kenaikan harga minyak dunia. Tiadakah sebelum ini, pelan pengurusan krisis jika berlakunya kenaikan harga petrol dunia naik. emmmm… heran jugak yer… macam tak bersedia jer….. RAKYAT yang bodoh dan tak reti untuk menilai keadaan semasa atau KERAJAAN yang tak telus dan tulus dalam pentadbiran untuk menjaga kebajikan dan kesenangan rakyat sebagai tanggunjawab sosial setelah diberi mandat dan kuasa untuk memerintah negara.
Aku cuba mencari rasionalnya. Tapi bila difikir sakitpun ada, sedihpun ada, loyapun ada, tensionpun ada, kecewa lagilah jelas dan akhirnya terpaksa terima serta bertahan sahajalah, Dari berjuta-juta rakyat Malaysia, golongan pakar-pakar ekonomi dan pengurusan takan tak ada yang boleh menyumbang idea yang bernas dan terbaik atau kita banyak idea tapi perlaksanaannya yang LEMAH, banyak MULUT yang perlu dijaga dan disuap. Geran yang berjuta-juta ringgit dilaburkan kepada pihak universiti untuk membuat kajian, takan tak ada yang mengkaji permasalahan sebelum ini. Melihat sebelum dan selepas apakah kesan yang bakal akan terjadi. Ker…semuanya trial and error…hehehheee…
…..bersambung/
Tags: barangan, kebajikan, kenaikan harga, kerajaan, petrol, rakyat