…31 Mei 1996

By nurulameerah

Assalamualaikum & salam sejahtera,

….31 Mei 1996, Jumaat, 3.55 pagi bertempat di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Lahirlah sebujur tubuh kecil comel yang mama kandung lebih 9 bulan lamanya. Mama namakan “Muhammad Arif”. Itulah nama jika seorang bayi lelaki hadir dalam hidup mama.

Sepanjang 9 bulan lamanya, ketukan, alunan, tendangan kaki, tangan, badan seorang bayi hidup membesar dalam perut mama yang semakin membulat.  Suatu keajaiban luar biasa anugerahNYA untuk dirasai oleh mama dan mana-mana ibu mengandung. Ianya untuk kita syukuri dan mengucap alhamdullilah akan kebesaranNYA. Pelukan dan dakapan buat Arif masih mama rasai. Hingga kini, mama masih peluk dan cium Arif setiap hari. Montel dan penuh pelukannya.

Setelah lamanya tahun berganti, mama masih tidak berupaya untuk menghadirkan adik-beradik buat Arif. Maafkan mama atas ketidakupayaan dan kekurangan mama. Kalau Arif kecewa dan sedih kerana tentu kawan-kawan Arif bertanya kenapa ada seorang jer, dan Arif tak mampu untuk menjawabnya, Arif berilahkan sahaja senyuman yang terindah buat mereka bagi pihak mama…ok.

Khas buat anak mama tersayang, ucapan “Selamat Hari Jadi” yang ke- 13 tahun. Mama doakan moga terus berjaya, sihat, menjadi anak yang soleh dan berguna di sepanjang hidup.

“Selamat hari Jadi…MUHAMMAD ARIF”

Leave a Reply