Archive for May, 2008

“Terlalu Istimewa”

May 30, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dedikasikan lagu ini buat semua anak-anak yang sememangnya sungguh istimewa di hati, perasaan dan mata yang memilikinya. Mereka adalah sumber inspirasi dan anugerah yang paling menakjubkan dariNYA untuk kita jadikan sebagai amanah dan tanggungjawab yang terhingga nilai hartanya. Lahirnya mereka atas perasaan kasih sayang dari pasangannya. Justeru itu, laksanakan dengan penuh keinginan, curahkan kasih sayang yang tiada bersyarat, hadirkan diri dan pengorbanan yang sebaik mungkin. Pastinya kegembiraan dan kebahagiaan milik semua dan bersama….

Enjoy… excellent song and voice from Adibah Noor…

Advertisements

Anakku bukan anakku lagi… Sindiket Penjualan Bayi

May 30, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Gempar, pilu, sedih dan tergamak sungguh keadaan manusia kini. Terdesak atas kehidupan atau mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain yang terhempit atas kesalahan serta kesilapan terlanjur dan tiada tempat bergantung dan arah tuju. Itulah kejadian kini yang berleluasa berlaku.

Berita perkhabaran siasatan sebuah akhbar yang telah menyelongkar sindiket penjualan bayi. Sungguh kejam dan hina perbuatan terkutuk itu. Menjual dan memperdagangkan manusia sesama manusia. Di mana nilai tinggi kejadian manusia olehNYA. Diberitakan bahawa ianya bermula daripada gadis-gadis yang terlanjur dan tersempit mencari tempat berlindung dan mengadu. Dalangnya bagai telah bersedia untuk menyambar gadis-gadis ini dengan memberi pelbagai perkhidmatan kesihatan dan kemudahan tempat tinggal untuk memulakan hari baru asalkan mereka tidak mengugurkan kandungan.

Pihak “penjaga” baru memperdaya dan menjanjikan bahawa mereka akan menjaga bayi-bayi itu dan gadis-gadis itu akan dibayar sejumlah wang selepas melahirkan kandungan. Nescaya, bila seseorang dalam keadaan terdesak dan ketakutan, pasti apa sahaja tawaran yang boleh menyelesaikan masalah mereka di jangka masa pendek adalah pilihan yang tepat.

Dikatakan bayaran yang diberikan kepada gadis-gadis tersebut lebih kurang RM700. Namun, percaya atau tidak sindiket penjualan bayi ini oleh “penjaga” itu kepada ibubapa baru yang bersedia dan sanggup untuk “membeli” mencecah kepada RM10,000 – RM20,000 bergantung kepada jantina dan keturunan. Ianya satu urusniaga yang membawa keuntungan berpuluh-puluh kali ganda. Bagi ibubapa baru ini, mereka terlalu mengharapkan kehadiran orang baru dalam kehidupan berkeluarga untuk menyerikan suasana rumahtangga. Sudah pasti wang bukan halangan atau batasan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan.

Sindiket ini bukan sahaja didalangi oleh mereka yang menjual dan memperdagangkan urusan jual-beli tetapi didapati, pihak klinik swasta turut serta menawarkan kaedah yang serupa iaitu jika terdapat gadis-gadis yang ingin mengugurkan kandungan, mereka akan dipujuk untuk tidak melakukan sedemikian. Memberi sejumlah wang sebagai bayaran dan pampasan sehingga bayi itu dilahirkan. Bayangkan sebuah klinik yang memberi perlindungan dan jaminan kesihatan dan etika seorang doktor yang penuh tinggi nilai penjawatan dan terhormat sanggup untuk melakukan kerja-kerja sedemikian.

Persoalan yang mungkin timbul di atas apa yang berlaku:-

  • Adakah doktor-doktor ini benar-benar ingin memberi perlindungan dan mencari jalan penyelesaian yang sebenar dan ikhlas?
  • Adakah doktor-doktor ini tak sanggup berserongkol untuk menggugurkan kandungan tersebut yang lagi kejam perbuatannya?
  • Adakah doktor-doktor ini mencari jalan alternatif kehidupan baru kepada bayi-bayi tersebut?
  • Adakah doktor-doktor ini telah menjual etika dan nilai diri hanya untuk mengaut keuntungan wang semata-mata?

Hanya mereka yang terlibat sahaja tahu apa yang berlaku dan diingininya. Gadis-gadis ini mungkin bersalah atas ketelanjuran disebabkan oleh nafsu dan inginkan kegembiraan semata-mata tanpa melihat jauh kehadapan implikasi atau kesan yang buruk akan menimpa jika gagal mengawal hati dan perasaan apabila syaitan yang berkuasa. Kesalahan tetap satu kesalahan. Perbuatan yang tidak boleh diundur atau digostan lagi. Taubat dan keinfasan perlu terbit dalam diri dan cuba memperbetulkan kesilapan supaya tidak berulang dan menyesal di kemudian hari.

Pada pandangan diri, persefahaman dan gandingan kerjasama yang bersepadu daripada ibubapa, komuniti, pihak sekolah, berkuasa dan kerajaan harus lebih intensif dan berkesan. Mengajar dan mendidik bukan hanya di dalam rumah, di sekolah tetapi pantauan dan awasan daripada pihak masyarakat perlu dihidupkan kembali. Menyemarakkan semangat hidup kejiranan. Jangan dianggap teguran jiran tetangga terhadap anak kita sebagai dengki atau mencari kelemahan tetapi bagi memberi bimbangan dan membetulkan apa yang dianggap dan dipandang negatif dan tidak molek. Harus bersama-sama, serious, tanamkan sikap ambil berat, buangkan sifat “aaahhh tak apa”, biarkan anak-anak mereka hanyut bukan anakku dan sebagainya. Wujudkan masyarakat penyayang untuk kehidupan yang berkualiti dan mesra.

Di samping itu juga, pihak sekolah dan berkuasa harus bergandingan dalam membenteras gelaja sosial seperti ponteng sekolah, buli, gangster, hisap rokok dan sebagainya. Perlu tegas dan berhemah dalam menangani situasi yang melibatkan emosi dan perasaan manusia. Kaunseling dan bimbingan secara konsisten dan tekal menjadi pagar yang teguh. Penyakit sosial jika tidak dibendung akan menjadi barah yang berjangkit lalu kronik tidak boleh dirawati lagi. Program-program keagamaan untuk melahirkan insaniah yang beretika, moral yang tinggi, adab pekerti yang mulia dan tahu mana yang buruk dan baik harus diterap sebagai pegangan dan prinsip hidup.

Komunikasi adalah senjata yang penting. Ianya bagi memberitahu dan mengarah manusia untuk bertindak dengan betul. Menjadi pendengar yang baik apabila berhadapan dengan mereka yang menghadapi masalah dan berempati. Peranan kerajaan untuk membangun dan menyediakan tempat-tempat perlindungan yang berbentuk kesedaran dan berteraskan agama bagi gadis-gadis untuk mengadu masalah dan bergantung menyelesaikan masalah. Mungkin melalui “public service annoucement” di corong-corong radio atau di dada akhbar dalam memberitahu tempat-tempat perlindungan kepada mereka yang memerlukan. Cuma jangan disalaherti dan disalah guna.

Anak adalah anugerah yang sempurna dariNYA. Jika pendek akal atas kesilapan dan keterlanjuran yang dilakukan dialihkan kepada mereka yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan, sudah tentu masalah lain yang akan timbul. Tiada penyelesaian yang betul-betul tepat dan berkesan. Anakku nanti…bukan anakku lagi…mungkin tidak menyesal hari ini, tapi di kemudian hari naluri keibuan pasti terbit dan meruntum rindu dan menyesal atas perbuatan diri hari ini.

 

Hanya Kau Yang Mampu

May 28, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

From Aizat AF… nice song….enjoy

 

 

“Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull”

May 25, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

25 Mei 2008, Durasi 2 jam, GSC, Alamanda

Sekali lagi cerita yang menarik, penuh elemen suspen dan debaran, adegan yang pantas dan aksi pergaduhan, alam semulajadi, sejarah, misteri, menggunakan pemikiran yang kreatif dan kritis atas adunan jejak sejarah zaman purba kala dan elemen mahluk asing. Pencarian harta karun dan lebih dari itu ialah untuk merebut dan ketamakan kuasa mistik ajaib luar biasa. Kali ini untuk memulangkan “Crystal Skull” di tempat asal. Perebutan antara pihak America seorang arkeologi dan pihak Rusia, KGB. Berbagai dugaan, rintangan yang tak terduga, meleraikan teka teki, memecahkan kata-kata simbolik, peristiwa dan kejadian luar biasa. Susun atur dan latar belakang lokasi seiring dengan alam semulajadi pemandangan yang sungguh menakjubkan.

Arahan gabungan Steven Spielberg & George Lucas dengan pelakon utamanya Harrison Ford. Namun, kali ini mendapat tentangan dari pihak komunis Russia seperti dikhabarkan di internet. Kadang-kadang, ada pihak yang kurang perihatin tentang perasaan sesebuah bangsa & negara. Ada paparan yang begitu sensitif dan tidak melihat secara menyeluruh aspek-aspek yang boleh mencemar dan menjejaskan hubungan 2 pihak. Adakah jalan cerita yang dilakonkan mengikut logik dan rasional atau hanya untuk mengaut keuntungan dan nama semata-mata?…. Di manakah titik persamaan yang boleh digarap menjadi jambatan perhubungan yang harmoni atau ingin mencari titik penolakan atas kepentingan dan kemasyhuran nama sahaja….

MOSCOW, Russia —

Members of Russia’s Communist Party are calling for a nationwide boycott of the new Indiana Jones movie, saying it aims to undermine communist ideology and distort history.

“Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull” stars Harrison Ford as an archaeologist competing in 1957 with an evil KGB agent, played by Cate Blanchett, to find a skull endowed with mystic powers.

It hit Russian screens Thursday.

Communist Party members in St. Petersburg said on a web site this week that the Soviet Union in 1957 “did not send terrorists to the States,” but launched a satellite, “which evoked the admiration of the whole world.”

Moscow Communist lawmaker Andrei Andreyev said Saturday “it is very disturbing if talented directors want to provoke a new Cold War.”

 

p/s : Perlukan khidmat menaip & kesetiausahaan??. Perkhidmatan yang disediakan seperti menaip laporan, buku, minit mesyuarat, pencari maklumat, kemasukan data dalam SPSS dan sebagainya. Sila email ke nurul_ameerah@yahoo.com untuk keterangan lanjut.

Amah…oh…Amah…Krisis dan Cabaran

May 25, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dah mop lantai, dah cuci bilik air, dah basuh baju, dah lipat kain, dah gosok baju, anak-anak dah mandi, dah masak ker belum… itulah tugasan-tugasan yang perlu dilakukan atau “KPI” oleh semua pembantu rumah.  Berbagai cerita dan peristiwa telah berlaku yang melibatkan pembantu rumah dan tuan rumah. Pembantu rumah larilah, malas kerjalah, bermain kayu tiga dengan tuan rumah. Manakala, terdapat juga kes-kes yang mengatakan tuan rumah mendera pembantu rumah dan sebagainya. Itulah asam garam dan peristiwa yang berlaku melibatkan pembantu dan tuan rumah.

Untuk mendapatkan seorang pembantu rumah, majikan atau tuan rumah terpaksa mengeluarkan beribu-ribu ringgit sehingga mencecah RM5,000 ke RM7,000. Manakala gaji yang diminta kini telah menjangkau RM450. Itu pembantu rumah dari Indonesia. Kalau dari Filipina katanya sudah menjangkau RM800 sebulan. Satu pelaburan yang agak besar dan terpaksa bertungkus-lumus untuk menyimpan sejumlah wang. Jikalau pelaburan yang dibuat itu mendatangkan hasil iaitu menepati ciri-ciri seorang pembantu rumah seperti yang diharapkan, tidak mengapa. Tapi bagaimana pula jika hanya beberapa minggu atau bulan, akhirnya pembantu rumah itu lari. Nescaya kemarahan dan kerugian akan hadir dalam diri tuan rumah. Pasti sumpah seranah dan geram berbuku akibat peristiwa yang berlaku. Kalau mereka lari begitu sahaja tak apa, tapi lari dengan mencuri barang-barang berharga dan meninggalkan anak-anak kecil sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian akan menjadi lebih hura hara dan hiba. Hancur sudah perasaan yang dipasang oleh tuan rumah untuk mempercayai pembantu rumah bagi menjaga anak-anak ketika keluar bekerja mencari rezeki tapi sebaliknya musibah yang menimpa. Jika kejadian pembantu rumah lari, alamat hanguslah sudah wang yang telah dilabur dan terpaksa mengumpul semula. Bagi yang kaya mungkin tak terlalu sukar, tapi yang kurang berkemampuan, tergagau-gagau jugalah nak cari duit sebanyak itu.

Dalam menghadapi krisis dan cabaran yang dilalui, apakah faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.

  1. Kenapa pembantu rumah ini sanggup bertindak zalim dan menyakitkan hati tuan rumah yang sudah bertungkus lumus membiayai dan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak?
  2. Apakah peristiwa atau perkara-perkara yang berlaku, lantas pembantu rumah itu lari?
  3. Siapakah mangsa sebenar jika pembantu rumah yang lari? Majikan atau Agensi..
  4. Siapakah dalang atau adanya sindiket yang menyebabkan pembantu rumah lari?
  5. Apakah tindakan pihak berkuasa dalam menangani perkara ini?
  6. Peranan tuan rumah yang lebih efektif dalam menangani dan mempastikan pembantu rumah tidak lari?

Pada pandangan, pembantu rumah yang datang ialah mereka mempunyai tahap ilmu pengetahuan yang sangat rendah. Mungkin mereka terkejut dengan persekitaran yang agak berbeza di sana yang miskin dan kurang segala-galanya. Bagi mengadaptasi mungkin mengambil masa yang lambat sedikit. Ada yang terkehadapan atas sebab pengalaman bekerja sebelum ini. Akan menyebabkan mereka “kerek” sedikit. Pengurusan emosi dan cara komunikasi antara perseorangan dengan efektif adalah sebaiknya. Memahami dia sebagai manusia yang penuh kekurangan dan kita sebagai majikan yang perlu mengajar dengan penuh kesabaran dan tegas. Ada kata-kata mengatakan “closed one eyes” atas kerja-kerja jika tidak sempurna. Harus terus menerus diajar dan dibimbing dengan betul.

Peranan pihak berkuasa bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang dengan lebih ketat. Tegas dalam memberi denda. Memerangi sindiket yang didalangi warga tempatan dan warga Indonesia sendiri. Rancangan yang disusun oleh agen atau dalang tersebut ialah menawarkan kerja dengan gaji yang lebih lumayan di tempat lain seperti di kedai atau restoran. Ianya satu keuntungan lumayan “menjual” pembantu-pembantu rumah sehingga mereka sanggup untuk lari menjadi pendatang tanpa izin kemudiannya. Namun, ada yang memang menanti untuk masuk menjadi pembantu rumah dan selepas itu bercadang lari. Dengan itu, pihak berkuasa harus lebih konsisten, tegas dan mencari mekanisma tertentu bagi menangani kejadian pembantu rumah lari.

Majikan atau tuan rumah, kadang-kadang dikatakan juga punca kenapa pembantu rumah lari. Antara puncanya ialah kes dera dari segi mental dan fizikal, pencabulan dan rogol. Dengan itu, pasti mereka akan mengambil tindakan untuk lari secara nekad.

Di dalam senario pengambilan pembantu rumah dan urusan yang melibatkan manusia sebenarnya agak sukar mencari jalan penyelesaian. Tiada jaminan yang khusus atau tepat bagi memastikan agar pembantu rumah tidak lari serta majikan tidak mengalami kerugian dan nasib malang. Ianya melibatkan persefahaman dan kesabaran daripada pembantu rumah dan majikan apakah, niat sebenarnya. Jika pembantu rumah, datangnya dia ke sini adalah mencari rezeki dan menolong keluarga di Indonesia. Harus peringatkan mereka tujuan kedatangan mereka ke sini. Manakala majikan ialah bagi meringankan beban di rumah ketika keluar mencari rezeki untuk keluarga. Bukan semua kerja-kerja harus mereka lakukan. Mereka juga manusia. Jikalau kita, mampukah semua tugas rumah dilakukan dengan sempurna dalam satu hari?

Dia manusia, kita manusia, sikap tolenrasi adalah penting. Jika masalah pembantu rumah sering lari akan menyebabkan kebanjiran lebih banyak pekerja asing ke Malaysia mungkin mencorakkan masalah sosial kehidupan yang tidak elok di masa hadapan untuk rakyat dan negara kita.

 

p/s : Perlukan khidmat menaip & kesetiausahaan??. Perkhidmatan yang disediakan seperti menaip laporan, buku, minit mesyuarat, pencari maklumat, kemasukan data dalam SPSS dan sebagainya. Sila email ke nurul_ameerah@yahoo.com untuk keterangan lanjut.

Erti Seorang Pejuang

May 24, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kiriman sms dari temanku mengenai erti seorang pejuang, rasa hati dan nilai-nilai yang ada dalam diri seorang pejuang membuatkan ku tersenyum…..

……Kalau isteri ada suaminya. Kalau tanah ada sempadannya. Kalau pohon ada akarnya. Kalau tugu ada tiangnya. Kalau kemerdekaan ada pejuangnya. Kalau pejuang sudah pasti ada perjuangannya. Sebagai pejuang ada kalanya kita melalui zaman duka dan kecewa. Ada kalanya kita disanjung dan dimuliakan. Ada kalanya kita dipinggir dan dilupakan. Tetapi, PEJUANG sebenar tidak pernah mengerti makna kekecewaan. Pejuang tulen tidak sekali tunduk pada keraguan, malah tidak gentar dengan kecaman dan ugutan. Inilah pegangan dan prinsip yang perlu kita semua pertahankan……

Pejuang yang memperjuangkan tanahair dan kemerdekaan. Mempertahankan maruah parti politik. Menyanjung perit dan keringat pejuang lama dan baru, jika kita memperkatakan dalam senario kepolitikan, maruah dan bangsa serta tanah air. Ketitisan terakhir, kesetiaan yang tiada berbelah bagi. Memperbetulkan apa yang salah dengan penuh ketanggungjawaban. Sokongan dalam menggerakan parti politik ke arah lebih baik, dinamik dan memimpin serta menjaga kebajikan rakyat yang sebenarnya.

Ketelusan dan keikhlasan dalam memperjuangkan visi dan misi serta agenda murni demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Itulah pejuang-pejuang sebenar dalam memperjuangkan hasrat di hati demi hak rakyat dan negara. Samada di pihak pemerintah mahupun pembangkang. Apa yang diperjuangkan bukan atas kepentingan diri, kekayaan yang harus dikumpul untuk beberapa generasi sendiri dan mengejar nama yang ingin disanjung dan dipuji semata-mata. Ini semuanya adalah pejuangan dan maruah dalam dunia politik atas rasa tanggungjawab dan amanah bukan sandiwara mainan untuk meraih kemenangan kepentingan diri. Harus kental dan berani.

Pejuang bukan sahaja dalam dunia kepolitikan. Setiap manusia merupakan pejuang yang tersendiri. Memperjuangkan diri untuk meneruskan hidup melawan kesusahan atau kesempitan hidup. Meraih keuntungan dan kebahagiaan atas kesabaran memperjuangkan kehidupan yang lebih bermakna. Mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki perjalanan hidup yang lebih baik. Pejuang akan cuba melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran diri, mempertingkatkan kebolehan yang berbagai bentuk untuk memastikan diri supaya tidak ketinggalan dan disisihkan. Menguruskan diri dari segi keduniaan dan keakhiratan penuh kerohanian dengan menerapkan nilai-nilai yang baik dan murni. Potensi diri harus dimaksimakan.

Jika diri, tidak dapat mengecapi apa yang diharapkan, harus tiada rasa sedih dan kecewa. Terus menerus berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati kerana pejuang yang sebenar tidak akan berhenti begitu sahaja tanpa mengenal erti putus asa. Mungkin hari ini kita gagal, tapi esok lusa kejayaan akan diperolehi dengan usaha yang berterusan dan tekal. Kesabaran adalah kunci dalam memperjuangkan niat yang dipasang dan matlamat yang diingin diraih.

Pejuang dalam memperjuangkan agama adalah suatu perjuangan yang sangat suci dan murni. Kadang-kadang cabaran ini melalui liku-liku yang sukar kerana halangan yang besar dan penuh duri serta anasir-anasir jahat. Dugaan dan halangan yang ada seakan-akan tanpa putus asa untuk memusnahkan agama suci Islam. Berbagai kecaman dan agenda yang disusun bagi memastikan perjuangan untuk menyebarkan agama Islam tidak mencapai sasarannya. Namun, DIA akan memastikan setiap pejuang agama islam akan terus hidup mempertahankan hak dan menjaga maruah.

Mudah atau sukar menjadi diri sebagai seorang pejuang adalah atas diri kita sendiri. Tanpa perlu leka dan alpa dalam memperjuangkan agenda, maksud, keinginan, matlamat dan sebagainya bagi meneruskan kehidupan yang lebih baik melalui prinsip dan pegangan yang murni.

 

p/s : Perlukan khidmat menaip & kesetiausahaan??. Perkhidmatan yang disediakan seperti menaip laporan, buku, minit mesyuarat, pencari maklumat, kemasukan data dalam SPSS dan sebagainya. Sila email ke nurul_ameerah@yahoo.com untuk keterangan lanjut.

Petak, Lonjong, Bulat dalam Liku-Liku Kehidupan

May 24, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Suasana pagi yang indah kini telah tiba. Matahari menjalankan tugasnya di pagi itu. Memancarkan sinaran cahaya matahari tanpa perlu merungut dan membebel serta menanya-nanyakan kenapa pagi ini harus panas yang berkhidmat. Bukan awan yang kelam berarak mendung. Bukan hujan yang menurunkan dan melimpahkan air dari langit. Tiada lagaan petir sabung menyambung memulakan tugas di awal pagi hari. Itulah anugerah kejadiaanNYA dan sememang cukup sempurna kenapa hari itu harus panas atau hujan. Tidak perlu mendengar sebarang rungutan atau arahan dari sesiapapun. Bagi yang sepatutnya menunaikan apa yang diarahkan, itulah rasa amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan walaupun diri terpaksa atau tidak suka. Ianya menuntut diri untuk memegang janji-janji yang perlu ditunaikan.

Mungkin ianya memberi musibah kalau hujan menimpa. Bakal membantutkan perjalanan anda ke tempat kerja, tapi alasan pada mereka yang lain ialah hujan memberi rahmat bagi pokok-pokok serta tanam-tanaman untuk terus hidup subur menghijau. Itulah imbangan yang sangat tara. Jika bukan untuk anda hari itu tapi mungkin untuk mahluk lain ciptaan Allah yang maha esa berhak mengecapi nikmat dariNYA. Rahmat anugerah yang terbaik dan terunggul untuk umatNYA di alam semesta ini dari pencipta yang Agung.

Begitu juga kehidupan manusia penuh dengan pelbagai cerita dan ragam. Berbagai warna-warna, alunan corak, susunan pengalaman kejadian serta peristiwa yang dilalui dan tempohi. Suka & duka, gembira & sedih, manis & masam, hitam & putih, bintang & bulan, siang & malam, setia & dusta, dingin & hangat, ghairah & gundah, pujian & hinaan, kuat & lemah, jelas & samar, lazim & jarang dan sebagainya bercampur aduk menjadi sebahagian daripada rencana kehidupan yang sempurna atau sebaliknya. Sehingga mengasyikan diri indah melayang tinggi di langit terawang-awang ringan dan berbunga-bunga. Namun ada yang tersungkur menahan musibah keperitan hidup. Pepatah mengatakan manusia adalah pelakon-pelakon hebat di layar dunia ini. Berbagai watak hero, heroin, antagonis, patoganis, sampingan dan sebagainya. Daripada satu bab ke episod seterusnya. Pernah tak berdetik dalam hati, bila sesuatu perkara itu berlaku, kita terus berkata, hey… macam pernah aku terfikir dan macam pernah hadir atau akan hadir dalam mimpi?

Mengapakah jika gembira hadir masa berlalu dengan pantas, cepat sekali tapi sebaliknya bila sedih mengundang, lambatnya masa bergerak. Mungkin teorinya ialah jangan terlalu leka dalam menyambut kegembiraan atau mempelajari setiap detik kesedihan itu dengan penuh keinsafan agar tidak berlaku lagi. Itulah adat catatan kehidupan manusia bagaikan corak di sehelai gebar tampalan. Di atasnya petak-petak untuk memuatkan cerita-cerita dalam perjalanan hidup yang dilalui setiap hari. Pilihan warnanya yang penuh ceria dan menyegarkan, susunan motifnya yang kaya dengan penceritaan seakan-akan melengkap perjalanan sesebuah kehidupan.

Dalam dunia ini, ramai orang ingat mereka tahu semua dan banyak perkara tetapi realitinya mereka ialah insan-insan yang inginkan diberitahu dan diperingatkan selalu. Bukan diberitahu dalam situasi arahan tetapi dalam bentuk motivasi dan dorongan. Mampukah manusia untuk bertindak sedemikian?. Kebanyakan daripada kita lebih suka mengarah supaya apa yang diinginkan atau mengharapkan terlaksana dan berjaya.

Apabila manusia berada di dalam saat dan ketika atau jangkamasa yang dirundung malang dan sedih… mampukah kita membantu dan menolong mereka?. Adakah tindakan kita hanya ingin berada di samping mereka hanya ketika senang dan gembira sahaja?. Jika yang menimpa musibah atau dugaan, barulah kita tahu siapa kawan atau lawan. Mereka yang mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Memberi dorongan untuk kita mampu berdiri kembali. Kawan senang dan susah, tawa dan nangis.

Pernahkah anda berdepan dengan situasi kata-kata “jangan buat aku marah”, adakah itu amaran untuk meredakan situasi dalam bentuk ugutan. Hanya kita sahaja perlu tidak menaikkan marah dia. Tanpa melihat kenapa suasana marah itu timbul. Bagaimana perasaan kita pula… mungkin timbul rasa marah adalah sebab dia juga.  Tetapi jika tiada perasaan kompromi atau tolenrasi yang sebenarnya, suatu hubungan itu tidak mampu untuk bertahan lama. Ego dan degil dari kedua-dua pihak harus dikendurkan. Kata-kata maaf dimohon…atas kesilapan dan kesalahan yang tidak disengajakan. Mampukah kita menerima maaf itu…

Hanya kepada Allah yang maha esa dengan menunai dan menjalankan suruhanNYA, mengingati talian hayat yang wajib “24434” usah kita lupai dan jadilah pegangan yang sebenarnya. Apa yang perlu kita lakukan ialah memohon sujud keampunan dan ketetapan iman dalam liku-liku kehidupan yang boleh menghayutkan…. 

 

p/s : Perlukan khidmat menaip & kesetiausahaan??. Perkhidmatan yang disediakan seperti menaip laporan, buku, minit mesyuarat, pencari maklumat, kemasukan data dalam SPSS dan sebagainya. Sila email ke nurul_ameerah@yahoo.com untuk keterangan lanjut.

JANJIKU

May 21, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

“”””

Aku memang nekad… ke”nekad”an aku adalah disebabkan peristiwa yang berlaku dan janjiku dahulu. Janji yang pernahku luahkan suatu ketika dahulu padanya di awal permulaan hubungan ini diikat dan disemai. Jika aku sudah tidak diperlukan dan bila aku tahu ada perempuan lain yang bertakhta dihatinya, aku akan UNDUR diri…..telah diberitahu seawal dahulu, aku bukan jenis perempuan yang suka berebut. Maka, itulah pilihan terbaik yang perlu aku tunaikan.

Dia sebenarnya tidak mampu kali ini untuk menjawap persoalan yang aku ajukan padanya. Jawapan yang aku terima terlalu longgar dan menampakkan kesangsian yang sangat nyata…sehingga aku nekad membuat pilihan serta tindakan. Aku terdampar sengsara terpaksa menerima kesan dan akibat perlu aku tanggung sendirian.

Aku bukan suruh dia tinggalkan perempuan itu, tetapi…. aku inginkan kepastian apakah bentuk hubungan antara mereka? Dia menyuruh aku membuat andaian sendiri, apabila aku ajukan interpretasi dan persepi aku sendiri, dia TIDAK MENOLAK, seakan-akan MENGIYAKAN apa yang ada di dalam fikiran aku… Jadi.. apakah pilihan terbaik perlu aku buat?. Sudahlah diri terkapai-kapai mencari kekuatan kehidupan… dorongan dan motivasi ….ditambah pulak dengan keadaan hubungan ini. Langkah seterusnya perlu aku buat ialah mengundurkan diri demi kesejahteraan, kebahagiaan dan kejayaan kerjaya diri dia dan aku. Sebelum aku terus dicengkam perasaan sedih, kecewa, musnah dan tertiarap menahan kepiluan. Lagipun dia kini berada di puncak kejayaan hidup… aku tidak mahu menjadi pemusnah….

Aku seorang yang lemah… Aku perlukan dia sebagai kekuatan…. Aku terlalu yakin dengan harapan yang diberikan suatu ketika dahulu… Aku terlalu berharapkan apa yang diucapkan menjadi kenyataan… Aku teriyang-iyang pada janji yang dimeterai… Aku mendambakan peristiwa dan saat-saat indah yang telah berlangsung menjadi realiti yang sukar diungkap dengan kata-kata… Kini, aku hilang segalanya atas… kesangsian dan ketidakupayaan dia memberi jawapan sebenarnya dan menimbulkan keraguan dihatiku ini….

Memang benar kata-kata…”kuda kita boleh  bawa  dan tarik ke tasik… mudah sekali tetapi bagi memastikan ia minum air tasik itu …kita belum pasti mampu…”. Jika kita yakin dan mampu dengan kekuatan diri untuk memujuk dan membelai dengan ikhlas penuh kasih sayang dan secara terus dan tekal pasti, kuda itu berjaya dijinak untuk meminum air di tasik. Cinta yang sejati mempunyai perisa yang sejati… tiada kepalsuan dan kepuraan-puraan, baik di depan atau di belakang..

Itulah janjiku yang telah kusematkan dalam diri bukan atas kelaziman, kepuasan, kehendak, keinginan, kebiasaan, kesukaan dan minat. Mencari keselarian kata-kata yang telah ditanam olehnya dalam diri ini. Kalau aku lalai sebelum ini, aku mohon maaf dan telah aku jelaskan. Jika masih kurang penjelasan, aku hanya insan lemah. Beritahulah….doronglah… agar tidak tersilap langkah…

Terlajak perahu boleh diundur…terlajak kata, mana mungkin boleh ditarik balik… Itulah warna-warna kehidupan dan perjalanan yang telah kita lalui dan menjadi seribu kenangan terindah…     “””

Anis…. bermonolog dalam luahan rasa… nukilan hati dan perasaan….

 

Selamat Hari Guru

May 16, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Semalam, selepas pulang mengambil anakku dari sekolah, ajakan dia untuk membeli hadiah untuk cikgu-cikgunya di sekolah kerana esok, 16 Mei ialah hari guru. Aku tersenyum, hampir terlupa aku di buatnya. Ok, kita singgah beli beberapa hadiah sebagai memperingati jasa dan bakti yang dicurahkan. Bukan hadiah yang mereka inginkan ku kira, tapi ilmu yang diajar itu terus melekat dan menggunakannya sehingga dewasa dan akhir hayat. Keberkatan ilmu kerana keikhlasanmu dan perit jerih mencurahkan tenaga yang tak terhingga dapat dibalas.

Kepada semua cikgu-cikgu yang dikasihi dan yang ku kenangi kerana bersusah payah mengajar dan mendidik aku dari sekolah rendah hingga ke menengah dan hingga aku di universiti. Samada cikgu atau pensyarah, mereka semua adalah guru, tenaga pengajar yang telah bersusah payah mencurahkan ilmu dengan mengajar dan mendidik aku dan sekian murid-murid agar maju, berilmu dan berjaya dalam hidup.

Bagaikan lilin yang membakar diri untuk memberi cahaya menerangi hidup seseorang itu. Aku teringat zaman persekolahan aku di sekolah rendah mahupun menengah. Berbagai ragam, cerita dan peristiwa yang menjadi kenangan dan memori indah dan juga pahit. hehehhehee. Kena dendalah, kena marahlah… kena rotanlah… hehehhee… zaman kanak-kanak dan remaja yang nakal aku kira…. memori..memori… kalau tak kena marah … tentu tak jadi orang agaknya. Kata orang… bila dimarahi, maksudnya kita sayang dan ingin memperbetulkan kesalahan yang dilakukan dan menuju kehidupan yang betul. Begitu juga aku kini, kekadang memarahi anakku, bukan kerana suka-suka atau benci tapi ingin mendidik dan memperbetulkan sikap dan tingkahlaku agar betul dan tidak tersilap langkah. Menjaga adab dan tertib.

Kepada semua cikgu-cikgu di mana sahaja berada, ku ucapkan “Selamat Hari Guru”. Terutama, kakakku, Cikgu Tina dan arwah bapa mertuaku jika masih hidup. Pengorbanan dan curah bakti untuk suatu ilmu yang berguna akan ku kenang hingga akhir hayat. Ucapan jutaan terima kasih.

Paling Tepat atau Yang Terbaik

May 13, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Apakah keputusan terbaru yang anda buat itu mengikut perasaan melulu atau setelah mengambil kira berbagai faktor yang mempengaruhi?

Adakah keputusan yang anda ambil itu adalah yang PALING TEPAT atau YANG TERBAIK?

Manusia sering berada di dalam situasi DILEMA bila disuruh membuat keputusan. Ya, samada A atau B. Walau apapun keputusan yang dibuat, itulah adalah berdasarkan gerak hati kecil kita. Keputusan atau pilihan yang sukar harus dibuat terutamanya berkaitan dengan hati dan perasaan untuk satu hubungan yang telah lama terjalin. Besar berkemungkinan ianya betul atau boleh jadi salah dan tidak tepat, setelah difikir dan ditimbang, tapi itu semua kerja Tuhan yang menentukan. Mungkin itu yang terbaik buat dirinya. Walaupun yang tidak tepat pada waktu dan ketika itu, mungkin jangka masa panjang ianya yang terbaik.

Pasti ramai yang tidak setuju dengan diriku, apakah perbezaan paling tepat dan yang terbaik sebenarnya. Paling tepat ialah kita seakan-akan pasti bahawa pilihan atau keputusan yang dibuat tiada cacat celanya. Tidak sanggup menerima sebarang kesilapan keputusan dan akan membuat diri rasa tertekan. Kononnya telah melihat setiap ruang yang menyeluruh kerana tepat membawa maksud tiada seincipun kesilapan dalam membuat keputusan. Manakala, yang terbaik, walaupun keputusan yang dibuat benar atau salah, penerimaan kesan di atas pilihan yang dibuat itu akan membuatkan diri seseorang itu bersedia akan kesan atau akibat yang diputuskan. Memerlukan kecerdasan emosi yang tinggi untuk menerima apa sahaja kesan buruk jika tersalah langkah. Kekuatan hati dan perasaan perlu.

Keputusan yang aku buat baru-baru ini adalah yang TERBAIK bukan yang paling TEPAT kerana mengambil kira hati dan perasaan, peristiwa yang berlaku, kata-kata yang dilafazkan, jangkamasa hubungan ini berlangsung, janji-janji yang diungkap dan dimeterai dan warna-warna yang mewarnai kehidupan dalam hubungan ini demi kebahagiaan, kesenangan dan kemudahan orang lain. Agar ketidakbolehan aku menerima kejadian itu tidak terus sakit, mengecewakan hati aku, lantas remuknya… terus buat aku terduduk hingga tertiarap menahan hiba dan kepiluan. Akan aku tanggung segala kesan dan akibat di atas keputusan yang dibuat. Sakit, pedih atau tertekannya hati dan perasaan bagi menanti apakah yang berada di hujung di sana dengan penuh kesabaran.

Aku bermohon padaNYA, kuatkan hati dan tetapkan imanku agar aku boleh terus berdiri teguh menempuh liku-liku kehidupan. Aku pasrah.

ANIS…terus bermonolog dalam hatinya lagi….