Archive for June, 2008

Emas Hitam (Bhg 3)

June 30, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sudah redakah rungutan dan rasa ketidakpuasan hati rakyat Malaysia terhadap kenaikan harga minyak baru-baru ini. Penangan dan kegawatan ini hanya melalui “tempoh penyesuaian”??. Nanti-nanti, kembali macam biasa hati dan fikiran rakyat Malaysia. Sama seperti scenario dulu kenaikan harga minyak. Rakyat menerima dengan hati terbuka. Hanya merungut dalam diam. Samada 10 sen, 20 sen atau 78 sen. Lepas ini kalau naik 1.30 sen hingga RM4 seliter pun tak kisah. Kerajaan dah berjaya melepasi  waktu genting dalam tempoh penyesuaian. Mampu memastikan rakyat menerima dalam terpaksa.

Sudah bersediakan Malaysia untuk tidak bergantung lagi dengan sumber asli yang ada di negara kita. Sumber galian dan tanaman seperti kelapa sawit, getah, koko dan sebagainya. Sememangnya kita amat bergantung pada pertanian dan minyak mentah serta gas. Jika sumber asli ini semakin susut dan tidak lagi menjadi komoditi eksport utama sebagai perolehan negara, apakah lagi jalan terdekat persediaan negara?. Sudah mampukah negara untuk menjadi seperti negara Singapura? Negara yang sering kita buat perbandingan harga petrol yang dikatakan jauh lebih tinggi dari negara kita. Bolehkah Malaysia menjadi negara yang hanya bergantung pada sumber dan sektor perkhidmatan sebagai perolehan negara. Ianya ternyata menjadi negara itu kaya dan maju. Ohhh…nanti ada suara-suara mengatakan, negara Singapura kecil dan bentuk geografinya yang lain. Tidak boleh buat perbandingan ekonomi begitu. Jadi, ianya satu perbandingan yang tidak tara. Justeru, kerajaan seharusnya tidak membuat perbandingan kenaikan harga petrol dengan negara yang tidak setara seperti Malaysia sebagai pengeluar petrol dengan negara yang bukan. Epal dengan epal, oren dengan oren bukannya epal dengan oren. Nanti, hasil intepretasinya yang tersasar.

Saranan demi saranan dikemukakan oleh kerajaan kepada rakyat dalam mencari jalan alternatif bagi mengurangkan bebanan akibat kenaikan harga petrol, barangan dan perkhidmatan. Kebergantungan dan kesan kemelaratannya amat signifikan. Yang pastinya kesan sosial adalah tindakbalas refleks yang menjadi isu utama. Adakah jaminan daripada mana-mana pihak untuk memastikan tiadanya kesan sosial yang negatif dalam kenaikan harga petrol ini. Yang mampu aku lihat ialah mungkin harga motosikal yang akan naik dan mungkin kecurian motosikal juga akan meningkat.

Bagaimana pula kesan emosi dan tekanan perasaan bebanan hutang puitang rakyat yang terkena tempias kenaikan harga petrol akibat kegagalan dalam perniagaan, sumber wang yang sempit tapi perbelanjaan yang besar dan sebagainya. Kes-kes tekanan perasaan, kemurungan, membunuh diri dan ada yang terhimpit hingga memberi racun kepada anak-anak mereka akibat desakan hidup. Adakah itu semua kes-kes terpencil yang tiada kena mengena dengan tempias kenaikan harga minyak, barangan dan perkhidmatan.

Ada pemikiran jahat mengatakan bahawa kenaikan harga petrol adalah kesan kepada rakyat kerana gagal untuk memilih parti Barisan Nasional untuk memerintah secara total sehingga melayakan parti lawan sebelum ini dalam laluan suara pencaturan arena politik. Manakala ada juga yang mengatakan imbuhan besar sebelum ini diberikan kepada kakitangan kerajaan merupakan pemberian awalan terima kasih dan kini, kerajaan ingin meminta kembali atas pemberian tersebut. Itu semua adalah spekulasi dan terjahan yang mungkin terpesong dan mencari kebenaran. Rebet dan pemberian ganjaran sebanyak Rm150 – Rm650 sudah mampu untuk “menangani” kekeruhan situasi, “menenangi” fikiran  atau “memenangi” kembali hati rakyat Malaysia.

Dalam mengejar arus kehidupan yang diidamkan pada zaman moden dan serba canggih ini, kesan harus diterima bagi mendapatkan kepuasan yang semaksimum. Inilah “harga” yang terpaksa dibayar oleh rakyat dalam mengecapi sebuah kehidupan atas nama pembangunan kemajuan dan ketamadunan. Gelombang politik yang keruh dan ketidaktentuan ekonomi dunia menjadi agenda utama dan kesan secara terus kepada rakyat kini.

 

Ada Untukmu

June 17, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Lagu yang menarik dengan melodi dan lirik yang sweet. From Nubhan Af6. Enjoy…

 

 

Selamat Hari Bapa

June 15, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Abah..

 

Cepatnya masa berlalu

Rasanya tak banyak dan tak sempat untuk aku berbakti

Membalas keringat, jasa dan pengorbanan

Memelukmu dan mengucup tangan serta dahi tanda kasih sayang

 

Dalam garang ada lembutnya

Dalam tenang ada tegasnya

Dalam gurau ada maksudnya

Dalam muram ada manisnya

 

Abah..

 

Anakmu rasa sayang

Anakmu rasa rindu

Anakmu mohon ampun

Anakmu mohon kemaafan

 

Terima kasih atas kasih sayangmu yang melangit ….

Tak akan lenyap dalam ingatanku

Terima kasih atas tenaga dan kudrat yang dicurahkan….

Tak akan hilang dalam fikiranku

Terima kasih atas segalanya….

Tak akan lupa walau sedikitpun

 

Abah..

 

Pemergiaanmu atas panggilan Ilahi

Anakmu hanya mampu memanjangkan doa

Mensedekahkan bacaan al-fatihah

Moga cukup “makanan” mu di sana

Beristirehat dan bersemadilah dengan tenang

Bapaku Heroku. Itulah kata-kata yang sering kita gambarkan buat si ayah yang cukup bersusah payah mencari rezeki dan membesarkan anak-anak untuk keluarga tersayang. Pengorbanan yang tak ternilai. Bapa bagaikan penyatu dan pengikat untuk sebuah keluarga yang harmoni dan sejahtera. Nasihat dan teguran harus kita pegang dan dalami maksud dan selami hasratnya. Walaupun kadang-kadang pedih dan sakit, tapi mereka lebih tahu mana yang baik dan buruk pada masa, waktu dan tempatnya.

Curahkan kasih sayang dan luahkan rasa hormat selagi mereka ada di dunia ini. Abah…”Selamat Hari Bapa”

Dari — Anakmu, 15 Jun 2008

 

 

 

 

 

Emas Hitam (Bhg 2)

June 13, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

JANJI kerajaan ialah tiada kenaikan dalam harga barangan dan perkhidmatan jika kenaikan petrol dilaksanakan kerana subsidi telahpun diagihkan bagi keperluan lain. Suatu JANJI yang diluahkan tanpa perlu diragu dan disangsi. Tapi tup tup lain pula yang terpancul keluar. Adakah ini “kenyataan” yang tersasar atau mungkin “pembohongan” yang tepat. Menyeru rakyat untuk menjadi “MATA dan TELINGA” kepada kerajaan agar melaporkan mana-mana syarikat, penjual atau individu yang telah menaikkan harga barangan atau perkhidmatan supaya dapat membuat pantuan serta kawalan dan tindakan kepada mereka itu.

Wajarkah atau tepatkah tindakan sedemikian. Sejarah telah membuktikan, walaupun naik 10 sen atau 20 sen, harga barangan dan perkhidmatan tetap akan NAIK. Inikan pula 0.78 sen beza yang sangat ketara, tentu para penjual atau individu akan menaikkan harga tanpa perlu berlengah atau tunggu walau seminit atau sehari sekalipun. Bagaikan tak boleh ditahan-tahan lagi. Mangsanya ialah pembeli yang NYATA sekali. Nak mengeluh?.. Nak membebel?.. Nak mengamuk?.. Nak menagih simpati?.. Nak mengadu?.. Apa yer perlu buat?.. rasanya itu semua tak boleh digunapakai langsung dalam senario kerajaan yang memimpin. Hitam hitamlah… putih putihlah.. Memang rakyat Malaysia sungguh baik hati. Menerima dalam terpaksa.

 

Bagi yang kaya dan berkedudukan, pastinya tak sedikitpun terjejas. Bagaimana pula yang miskin dan kurang berkemampuan. pastinya di takuk lama dan tak berkembang gamaknya. Betullah kata-kata pepatah “yang kaya bertambah kaya dan yang miskin tambah miskin”.

 

Baru-baru ini, kenyataan akhbar telah memaparkan perbandingan harga minyak antara Malaysia dengan negara jiran tetangga kita Singapura, Thailand dan Filipina yang menunjukan harga petrol di Malaysia dikatakan jauh lebih rendah. Tapi tak kirakah pertukaran mata wang dan sebagai negara pengeluar minyak.  Buatlah perbandingan yang setara. Bila bercakap sedemikian, rakyat juga dikatakan nanti tak tahu dan gagal melihat kehadapan dan lebih komprehensif. Kerajaan TERPAKSA lakukan sebab harga petrol setong dunia telah naik mencanak-canak dan kos mencari gali minyak telah meningkat 100% – 200% , jadi tak mungkin lagi kerajaan mampu untuk memberi subsidi.. Kerajaan dah habis idea dan usaha dalam memikirkan jalan untuk sama-sama menanggung kenaikan harga minyak dunia. Tiadakah sebelum ini, pelan pengurusan krisis jika berlakunya kenaikan harga petrol dunia naik. emmmm… heran jugak yer… macam tak bersedia jer….. RAKYAT yang bodoh dan tak reti untuk menilai keadaan semasa atau KERAJAAN yang tak telus dan tulus dalam pentadbiran untuk menjaga kebajikan dan kesenangan rakyat sebagai tanggunjawab sosial setelah diberi mandat dan kuasa untuk memerintah negara.

 

Aku cuba mencari rasionalnya. Tapi bila difikir sakitpun ada, sedihpun ada, loyapun ada, tensionpun ada, kecewa lagilah jelas dan akhirnya terpaksa terima serta bertahan sahajalah, Dari berjuta-juta rakyat Malaysia, golongan pakar-pakar ekonomi dan pengurusan takan tak ada yang boleh menyumbang idea yang bernas dan terbaik atau kita banyak idea tapi perlaksanaannya yang LEMAH, banyak MULUT yang perlu dijaga dan disuap. Geran yang berjuta-juta ringgit dilaburkan kepada pihak universiti untuk membuat kajian, takan tak ada yang mengkaji permasalahan sebelum ini. Melihat sebelum dan selepas apakah kesan yang bakal akan terjadi. Ker…semuanya trial and error…hehehheee…

 

…..bersambung/

 

Emas Hitam (Bhg 1)

June 13, 2008

Assalamulaikum & salam sejahtera,

Kecoh..kecoh… lemah..lemah…sebaik sahaja diumumkan kenaikan harga petrol, bagai ada pesta di kebanyakan stesen minyak. Macam esok hari dah kehabisan minyak. Berduyun-duyun pemilik kereta datang mengisi petrol sebelum harga RM2.70 berbanding RM1.92 dikenakan selepas jam 12 tengah malam. Jam giler dibuatnya. Dengar sampai ada yang bergaduh-gaduh kerana potong “queue” dan tunggu terlalu lama. Malah ada pengusaha pam minyak juga mengambil kesempatan dan peluang untuk tidak menjual petrol sehingga harga baru dikenakan atau sememangnya dah kehabisan stok. hehehehhee….. Dahsyatnya penangan “EMAS HITAM” menjadikan rakyat Malaysia tak keruan dibuatnya. Rentetan daripada itu, pastinya harga barangan keperluan dan perkhidmatan akan naik juga.

Selalunya kereta kecil aku tangki penuh ialah RM50.00 dan mampu bertahan selama seminggu lamanya. Kelmarin bila aku cuba isi dengan RM60.00. Mak aiiii…setengah tangki atas sedikit jer…masak..masak… bila dilihat rasanya kena tambah RM30-40 lagi untuk penuh betul-betul. Jadi sekarang RM80 – 90 baru penuh. Suatu perubahan yang sangat-sangat ketara boleh menyentak dan membuatkan kepala aku pening seketika. Rasanya mahu berbakul-bakul dan berkepul-kepul sumpah seranah #@$^&^%*)&%$$#$#@@#$%^ telah dihamburkan.

Harga petrol NAIK satu hal, kini harga barangan dan perkhidmatan juga NAIK. Dua perkara yang telah menyesakkan dan menghentam kiri kanan, depan belakang perbelanjaan rakyat Malaysia. Bagi bergaji besar bolehlah menampung atau “no hal”nya. Tapi yang bergaji sederhana dan kecil…gigit jarilah dan kena sempitkan dan kecilkan lagi perbelanjaan. Puasa puasalah..gamaknya. JImat cermat tahap gaban agaknye.

Pengusaha kantin pejabat, sekolah, tambang bas sekolah dan awam, beras, gula, tepung, susu, roti, ikan, daging, ayam, sayur dan sebagainya melonjak naik sehingga 20 – 60%. Sesak sesak nafas dan gerun dibuatnya. Bayangkanlah, kesan tamparan daripada kenaikan harga petrol…nak cakap apa lagi yer!

…bersambung/

 

“The World’s Best Places to Live 2008”

June 13, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Artikel di bawah untuk kongsian bersama, menariknya kajian yang dilakukan melalui tajuk tempat tinggal terbaik/terbagus untuk tahun 2008. Dapatan kajian bukan sahaja mencakupi dalam aspek ekonomi, prasarana infrastrukturnya yang moden dan canggih tetapi meliputi tentang kualiti udara alam persekitaran yang baik, perlaksanaan undang-undang yang efektif dan efisien serta kadar jenayah yang rendah.

Walau apapun, ianya adalah kajian yang membawa kebenaran daripada pendapat manusia. Kita hanya mampu untuk berada di mana yang kita rasa sesuai dan berkemampuan untuk berada, yang lain kita hanya boleh berusaha dalam merancang apa yang ingin kita lakukan dan mohon padaNYA.

Berharap suatu hari nanti, aku mampu untuk melancong ke negara yang aku impikan, “New Zealand” walaupun tak akan tinggal di sana. hehehehe… Moga destinasi ini mencapai impian dan dimakbulkan.

The World’s Best Places to Live 2008

by Carl Winfield
Thursday, June 12, 2008
provided by
Mercer Consulting’s annual roundup of the global cities with the best quality of life is here, and Zurich once again comes out on top. The best place in the U.S.? Honolulu at No. 28.

New York, London, and Paris are internationally renowned cities but consultants at Mercer Consulting have picked Zurich, Switzerland, as the best place to live in the company’s annual survey.

More from BusinessWeek.com:World’s Most Expensive Real Estate MarketsWorld’s Most Affordable Housing MarketsCountries With Most Millionaire Households

Consultants rated each city on a variety of factors including the level of traffic congestion, air quality, and personal safety reported by expatriates living in more than 600 cities worldwide. In the top 25, U.S. cities such as San Francisco, Boston, and Chicago were all edged out by Geneva, Switzerland, Vancouver, B.C., and Auckland, New Zealand. The highest-scoring U.S. city is Honolulu, which came in at No. 28.

Still, Mercer acknowledges that cities with a high quality of life are not necessarily the most exciting. “There are a lot of ‘sleepy’ towns that got high ratings,” said Rebecca Powers, a principal consultant in human capital for the company. “But if you were to judge them on something like nightlife, there are some that probably wouldn’t have rated as high.”

Getty Images

No. 1: Zurich, Switzerland

Mercer score: 108*
2007 rank: No. 1
GDP: $300.9 billion (2007 est.)**
Population: 7,581,520 (total country); 347,517 (total city)
Life expectancy: 80.74 years

No. 2 (tie): Vienna, Austria

Mercer score: 107.9
2007 rank: No. 3
GDP: $319.7 billion (2007 est.)
Population: 8,205,533 (total country); 1,825,287 (total city)
Life expectancy: 79.36 years

Getty Images

No. 2 (tie): Geneva, Switzerland

Mercer score: 107.9
2007 rank: No. 2
GDP: $300.9 billion (2007 est.)
Population: 7,581,520 (total country); 185,000 (total city)
Life expectancy: 80.74 years

No. 4: Vancouver, Canada

Mercer score: 107.6
2007 rank: No. 3
GDP: $1.274 trillion (2007 est.)
Population: 33,212,696 (total country); 560,000 (total city)
Life expectancy: 81.16 years

Getty Images

No. 5: Auckland, New Zealand

Mercer score: 107.3
2007 rank: No. 5
GDP: $112.6 billion (2007 est.)
Population: 4,173,460 (total country); 1.18 million (total city)
Life expectancy: 80.24 years

No. 6: Dusseldorf, Germany

Mercer score: 107.2
2007 rank: No. 6
GDP: $2.833 trillion (2007 est.)
Population: 82,369,548 (total country); 581,858 (total city)
Life expectancy: 79.1 years

Getty Images

No. 7 (tie): Munich, Germany

Mercer score: 107
2007 rank: No. 8
GDP: $2.833 trillion (2007 est.)
Population: 82,369,548 (total country); 1,332,650 (total city)
Life expectancy: 79.1 years

No. 7 (tie): Frankfurt, Germany

Mercer score: 107
2007 rank: No. 7
GDP: $2.833 trillion (2007 est.)
Population: 82,369,548 (total country); 3,700,000 (total city)
Life expectancy: 79.1 years

Getty Images

No. 9: Bern, Switzerland

Mercer score: 106.5
2007 rank: No. 9
GDP: $319.7 billion (2007 est.)
Population: 8,205,533 (total country); 122,178 (total city)
Life expectancy: 79.36 years

No. 10: Sydney, Australia

Mercer score: 106.3
2007 rank: No. 9
GDP: $766.8 billion (2007 est.)
Population: 20,600,856 (total country); 4,297,100 (total city)
Life expectancy: 80.73 years

See Amsterdam, Honolulu, and more of the World’s Best Places to Live

* The rankings are based on a point scoring index, with Zurich scoring 108 and Baghdad scoring 13.5. Cities are compared to New York as the base city, with an index score of 100. The quality-of-living survey covers 215 cities and is conducted to help governments and major companies place employees on international assignments. The survey also identifies those cities with the highest personal safety ranking based on internal stability, crime, effectiveness of law enforcement, and relationships with other countries.

** The World Factbook

Pahit Manis Berpoligami

June 8, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Tertarik dengan cerita benar masyarakat yang berlaku. Nak dikatakan remeh pun tidak tapi itulah realiti yang berlaku. Uniknya cerita masyakarat ini ialah isteri-isteri En Mohamed Nor yang hidup bermadu penuh rukun telah membenar dan mengizinkan suami mereka untuk meneruskan hajat untuk menikah seorang lagi. Maka lengkaplah “kuota” bagi seorang suami yang beragama islam. Jika kebanyakan cerita hidup berpoligami yang menjadi halangan ialah isteri pertama dan seterusnya tapi kali ini ialah pihak mahkamah tidak meluluskan permohonan atas alasan pendapatannya kurang berkemampuan untuk menampung kehidupan 3 orang isteri dan 18 orang anak-anaknya.

Talak dan cerai di tangan seorang lelaki yang bergelar suami. Namun, rezeki, jodoh dan perpisahan adalah ditangan Allah yang maha esa. DIA yang lebih tahu dan mengerti atas segalanya. Apabila aku teliti dan supaya tidak bias dengan mana-mana gender baik aku sebagai seorang wanita yang memang akan kata tidak adil atau di pihak lelaki mungkin akan kata mereka mampu dari segi batin, adil dan kewangannya. Segalanya mungkin nakkan kesempurnaan dan ideal, tapi realistik dan pratikalnya…ianya bukan suatu perjalanan kehidupan yang mudah, senang serta tiada onak yang berduri. Penuh liku-liku, perasaan sedih, geram, terusik pasti akan berdetik di perasaan isteri-isteri yang hidup bermadu.

Aku hanya mampu berkata dan berharap agar keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan akan terus wujud dalam kehidupan rumahtangga En Mohamed Nor dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab yang begitu berat.

Harap kerukunan dan keharmonian rumahtangga terus bersinar dan tiada bercakaran. Bukan senang nak senang. Ianya perlukan keperihatinan dan komunikasi antara perseorangan yang tinggi. Bijak menangani masalah dan tegas dalam membuat keputusan yang terbaik. Mampukah… bolehkah… sanggupkah… yakinkah… pahala untuk mendirikan masjid jika niat yang baik pasti menunggu dan payung emas adalah janjiNYA untuk isteri-isteri yang hidup bermadu.

kahwin_4

 

Kung Fu Panda

June 8, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

7 Jun 2008, Durasi 1.5 jam, GSC Alamanda

Its soooo…funny and hilarious!!! It will make your day! Cayolah cakap den…hehhee. Yup. mula jer di awal cerita Kung Fu Panda sehingga akhirnya, pasti gelak ketawa dan tak kering gusi dibuatnya. Watak seekor panda  bernama “Po” yang gemuk, malas dan kelakar, mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari seni pertahanan diri “kung fu”, tanpa kenal erti putus asa dan ejekan kawan-kawan. Pada mulanya minat itu disimpan di dalam hati, demi untuk menjaga hati bapanya seorang peniaga mi yang menaruh harapan agar Po dapat meneruskan perniagaannya. Tapi akhirnya, bapa Po akur akan pilihan anaknya apabila beliau telah dipilih dan diangkat sebagai “Pahlawan Naga”.

Po akhirnya berjaya memperolehi ilmu kung fu dan dapat menewaskan Tai Lung (watak jahat) yang tamak untuk mendapatkan skrol naga yang dikatakan mempunyai ilmu kung fu yang tinggi. Petikan kata-kata bapa Po iaitu, “tiada rahsia dalam sesuatu ramuan, yang penting ialah percaya akan diri sendiri” telah menaikkan semangat Po untuk bertarung menewaskan Tai Lung.

Cerita animasi kartun ini walaupun nampak ringkas, ringan dan santai, tetapi mesej yang ingin disampaikan penuh bermakna dan sarat dengan pengajaran positif, keberanian, percaya serta yakin akan diri sendiri dan kerohanian. Plot cerita dan kesinambungan amat menarik dengan watak jahat dan baik telah disusun dengan teratur dan menarik sekali. Secara keseluruhan “moral of the story” ialah “:-

  • Balasan jika jahat tetap ada dan yang baik akan berjaya dalam hidup
  • Hubungan dan nilai sahabat yang sentiasa bersama ketika susah dan senang. Kerjasama, tolong menolong apabila masalah dan dugaan menimpa. Keperihatinan perlu tinggi.
  • Hidup ini perlu sabar. Minat adalah faktor utama tetapi yang penting ialah YAKIN dengan diri sendiri
  • Hidup tidak boleh tamak kerana ianya akan memakan diri sendiri dan membawa kemusnahan
  • Jangan pandang rendah akan kebolehan orang lain. Mungkin suatu hari nanti, mereka itulah yang akan menolong kerana kelebihan yang kita tak tahu untuk kongsian bersama

Pada sesiapa yang minat cerita kartun animasi pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Filem yang berbentuk “thinking out of the box” ini bila kita tonton membuat diri rasa tenang dan gembira kerana cerapannya amat mudah sekali. Filem-filem animasi yang serupa seperti Mulan, Happy Feet, Ants dan sebagainya banyak menonjolkan unsur-unsur kehidupan pengajaran yang baik dan murni. Saksikanlah!!!

 

Pedasnya Nasi Lemak, Manisnya Kopi Susu

June 8, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sudah agak lama tidak menulis. Mungkin kesibukan aku di tempat kerja baru ini telah memperlahankan aktiviti dan mencurahkan idea untuk menulis di blog sendiri. Minggu ini adalah minggu pertama aku bekerja di tempat baru. Walaupun agak jauh dari tempat tinggal, namun mungkin itu adalah rezeki aku buat masa ini. Terima sahaja apa yang ada dahulu, setelah 4 bulan lamanya aku menjadi “penanam anggur” yang berbakat. heheheheee….

Selama itulah, berbagai peristiwa telah berlaku. Aku terima dengan pasrah. Baru aku tahu siapa kawan dan lawan. Siapa yang banyak memberi dorongan dan motivasi. Menjadi teman setia di kala aku benar-benar dalam kesusahan dan kesempitan. Menjadi pendengar yang setia dan berempati tentang diri aku. Dugaan yang menimpa, aku jadikan satu tauladan dan sempadan. Ianya memang “turning point” buat diriku.

Buat sahabat yang telah ku kenal sepanjang 4 tahun lalu – “SAR”, terima kasih kerana tak putus-putus dan lekang untuk terus bersama dengan diri ini ketika susah dan senang. Bila aku benar-benar dalam keadaan susah, perlukan semangat, kata-kata dorongan dan motivasi, kau tanpa rasa putus asa atau malas dan benci terus hadir dalam diri ini. Walaupun, kekadang kata-kata yang diluahkan agak pedas tetapi ianya adalah untuk kebaikan diri aku. Kata-kata manis kekadang akan menjahanamkan diriku katanya. Sebaliknya, kebijaksanaan dirinya dalam memberi kata-kata semangat, kekuatan dan jalan untuk aku membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

SAR memulangkan kembali kata-kata yang pernah aku ucapkan kepada dirinya suatu masa dahulu ketika dia di dalam kesusahan  “sabar…sabar..kerana kesabaran umpama pohon yang pahit yang bakal membuahkan buah yang sungguh manis di kemudian hari”..” Aku tersenyum dan mengerti. Aku perlu lebih tabah dan mengumpul segala kesabaran itu walaupun berguni-guni sekalipun dan menanti masa yang sesuai untuk ditunai atas keredhaanNYA. Kerana pasti ada yang menanti di hujung sana untuk mereka yang sabar akan ujian dariNYA. Terima kasih SAR. Mungkin ujian dan dugaan yang menimpa dalam kehidupan kita telah mendewasakan diri dan menjadikan diri terus teguh dan tabah.

Di akhir perbualan kita tempohari, kata-kata darinya “Insya’Allah, sahabat sejati, tanpa mengira waktu susah senang, semoga persahabatan kita kekal hingga akhirat dan sama-sama berdoa agar DIA permudahkan urusan perjalanan hidup kita…”. Yup, doaku, moga kita terus dipanjangkan jodoh untuk bersahabat dan ikhlas serta jujur menjalin dan mengikat tali persahabatan yang murni ni.

Pada semua, moga kita saling menghargai sahabat kita tentang nilai, perasaan dan kedudukan walau apa sekalipun terjadi… tetap kekal dan bersama…Insyallah.

Lagu untuk semua sahabat-sahabat yang benar menjadi teman sejati.

Lagu Arti Sahabat  dari Nidji

tak mudah untuk kita hadapi
perbedaan yang berarti
tak mudah untuk kita lewati
rintangan silih berganti

kau masih berdiri
kita masih di sini
tunjukkan pada dunia
arti sahabat

kau teman sehati
kita teman sejati
hadapilan dunia
genggam tanganku

tak mudah untuk kita sadari
saling mendengarkan hati
tak mudah untuk kita pahami
berbagi rasa di hati

kau adalah..
tempatku membagi kisahku
kau sempurna
jadi bagian hidupku
apapun kekuranganmu