Archive for June, 2009

…31 Mei 1996

June 3, 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera,

….31 Mei 1996, Jumaat, 3.55 pagi bertempat di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Lahirlah sebujur tubuh kecil comel yang mama kandung lebih 9 bulan lamanya. Mama namakan “Muhammad Arif”. Itulah nama jika seorang bayi lelaki hadir dalam hidup mama.

Sepanjang 9 bulan lamanya, ketukan, alunan, tendangan kaki, tangan, badan seorang bayi hidup membesar dalam perut mama yang semakin membulat.  Suatu keajaiban luar biasa anugerahNYA untuk dirasai oleh mama dan mana-mana ibu mengandung. Ianya untuk kita syukuri dan mengucap alhamdullilah akan kebesaranNYA. Pelukan dan dakapan buat Arif masih mama rasai. Hingga kini, mama masih peluk dan cium Arif setiap hari. Montel dan penuh pelukannya.

Setelah lamanya tahun berganti, mama masih tidak berupaya untuk menghadirkan adik-beradik buat Arif. Maafkan mama atas ketidakupayaan dan kekurangan mama. Kalau Arif kecewa dan sedih kerana tentu kawan-kawan Arif bertanya kenapa ada seorang jer, dan Arif tak mampu untuk menjawabnya, Arif berilahkan sahaja senyuman yang terindah buat mereka bagi pihak mama…ok.

Khas buat anak mama tersayang, ucapan “Selamat Hari Jadi” yang ke- 13 tahun. Mama doakan moga terus berjaya, sihat, menjadi anak yang soleh dan berguna di sepanjang hidup.

“Selamat hari Jadi…MUHAMMAD ARIF”

Advertisements

2009: Setengah Tahun Berlalu

June 3, 2009

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Sudah agak lama aku “tertidur” nyenyak tanpa mampu untuk mencoretkan sesuatu di ruangan ciptaan untuk sebuah nukilan. Hinggakan penuh dengan sawang tanpa boleh dilihat dengan mata kasar. Aku menjadi penulis pasif yang amat. Aku harus bangun dan bangkit…dari tidur yang panjang ini. yeahhhhhhhh aghhhhhh

Kesibukan banget atas tuntuntan diri, keluarga, kerja, persekitaran dan sebagainya telah membutuh aktiviti penulisan. Kini, aku ingin aktif kembali menulis tanpa perlu dilengahkan atau mengatakan aku sibuk sebagai alasan. Aku harus mampu membahagikan apa yang sepatutnya. Ingin aku layangkan ucapan-ucapan penting yang aku tertinggal untuk diucapkan..

“Awal Muharam”..”Selamat Tahun Baru”..”Selamat Hari Pekerja”..”Selamat Hari Ibu”..”Selamat Hari Bapa”..”Selamat Menyambut Hari Jadi” buat kekawan yang menyambut hari jadi….

Moga kita semua selamat dan gembira dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab. Apakah pencapaian kita yang terbaik dalam setengah tahun 2009??