Archive for September, 2009

Lawak gilosssssss

September 9, 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Semasa melayan youtube semalam, terjumpa satu video klip yang mempunyai tahap kekreatifan yang banget. hahahhaaaa… kelakar sungguh…. Jadi, marilah kita layan sebentar untuk merehatkan minda, kalau-kalau dah beku dan tepu…huhuhuhuhu….

Advertisements

09.09.09

September 9, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Orang kata bila tiba hari yang mempunyai tarikh-tarikh tertentu, cantik dari segi susunan no. nya akan cuba mengabadikan sesuatu pada harinya. Bukan apa, untuk mudah memperingati kembali saat-saat manis serta memori indah yang tersemat untuk diabadikan atau mungkin peristiwa yang sebaliknya.

Jadi…bila tiba hari seperti hari ini 09.09.09 atau sebelum ni 08.08.08 dan sebagainya, apakah saat dan ketika untuk diabadikan di kotak permikiran dan hati anda. Samada perkara dan peristiwa dilalui secara sendirian, berdua atau secara berkumpulan. Bersama rakan, keluarga dan orang yang disayangi dan dicintai.

Walaupun apa sahaja yang berlaku pada tarikh 09.09.09, semuanya adalah peristiwa yang mempunyai maksud yang sungguh istimewa untuk diabadikan mengikut cara ianya berlangsung.

Jadi, apakah peristiwa yang menarik, manis, pahit, suram dan sebagainya berlaku pada hari ini. Hangat atau hangit dan bermacam-macam lagi.

Enjoy this song.. lovely & very sweet.