Archive for October, 2009

Hina..Yakin..Ikhlas

October 7, 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Berlaku lagi saat-saat genting penuh dengan kesedihan dan kekecewaan. Entah mana silapnya. Tuduhan demi tuduhan, penafian, ketegak, ego yang penuh rasa kemarahan melingkari perhubungan. Ianya bagaikan satu persimpangan jalan yang harus Anis pilih…

Anis….bingung! Anis…kecewa! Anis…sebak! Anis…hampa! Anis terkenang saat-saat perpisahan itu. Dalam hati penuh dengan bicara halus kesedihan……

Mungkin aku ini hanya berjawatan rendah tak mampu memahami maksud dalam kiriman sms yang berbahasa inggeris itu. Antara possible atau I have to see u? Antara kesungguhan maksudnya jika diterjemahkan iaitu adakah “mungkin” atau “mesti berjumpa” tempohari? Al-maklumlah dia seorang ketua yang bukan sahaja menerajui sebuah jabatan tetapi sebuah organisasi. Kedudukan teratas terlalu jauh jurangnya dan memang tak layak untuk aku dampingi…

Adakah dia sengaja merancang berjanji tapi akhirnya memungkirkannya? Atau nanti, jika aku mempersoalkan janji itu, akhirnya jawapan yang aku terima ialah “tak mahu diri dia berada dalam tekanan dan tolong jangan timbulkan keresahan serta kerunsingan dalam hubungan ini”. Akhirnya aku dicop tak faham akan kedudukan dan jawatan yang disandang. Kesibukan tugas dan betapa kritikalnya tanggungjawab yang harus dipikul dan diselesaikan olehnya, tidak boleh untuk memberitahu aku lebih awal jika tak mampu, macam aku tak boleh memahami. Padahal janji itu terukir dari bibir manisnya.

Bila diri aku berada dalam tertekan, kata-kata lampau berlegar-legar difikiran. Pintanya untuk “aku pergi mampus” menyebabkan diri telah “mati” sebelum tiba waktunya. Diri pernah tersentak dan seakan-akan ada batu menghempap di atas kepala bila perkataan “talak” pernah dijatuhkan buat diri. Sayu hati dan baru aku tahu betapa pedih dan macam orang gila dibuatkan bila talak dijatuhkan. Bermacam-macam perasaan hadir dalam diri ini. Namun kerana kasih sayang dan cinta melangit, aku ketepikan dan tanpa endahkan kata-kata yang dilemparkan terus larut ketegak dan ego dipertahankan. Namun kini…

Aku menerima kembali ikatan hubungan, mungkin agaknya terbuai dengan kata-kata rayuan dan rasa keinginan yang tinggi untuk mengubati luka dihati, tapi akhirnya aku kembali dikecewa…

Mestikah aku memaafi dia kali ini? Haruskah aku menghalalkan perbuatan “itu”? Adakah kembali dia seketika hanya dengan niat dendam untuk mengecewakan aku? Sampai hati…….

Antara rasa hina yang membawa kehibaan……. Antara rasa yakin pada mulanya lantas berderai akhirnya……Antara rasa ikhlas yang penuh dengan harapan terus musnah berkecai…… 

Anis berteluku sebentar, menahan rasa duka dan lara dihati. Kapan hati ini boleh diubati dan sembuh? Memohon doa dariNYA mencari ubat dan penawar ghaib. Anis harus pasrah dan redho…

Adakah ianya seperti lagu ini…..”Tak Mungkin Kerana Sayang oleh Alyah