“Unposted Letter” : Salam Terakhir 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

“Terpisah sudah akhirnya hubungan yang ikat sekian lama. Anis ucapkan terima kasih atas kesudian menjadi teman istimewa selama ini dan memegang janji. Mungkin cinta ini bukan untuk dimiliki tapi untuk dirasai. Orang kata, cinta sejati ibarat angin bayu yang bertiup terasa segar di pipi dan nyaman di hati tanpa boleh dilihat. Terkubur segala memori  tanpa batu nisan sebagai tanda, namun ianya segar diingatan tiap detik bersama terutama tiap kali Anis cuba lelap dan tutup mata ini.

Jika bertemu pengganti Anis, moga jauh lebih baik dan dapat memahami sesungguhnya hati, perasaan, kerjaya, kedudukan dan segala aktiviti perancangan kehidupan. Ucapan terima kasih padanya kerana mampu memberi kebahagiaan, kegembiraan dan kepuasan.

Percayalah kemarahan akan reda dan pasti suatu hari nanti Abg akan memahami kenapa Anis bertindak untuk memutuskan hubungan ini. Pahit di jangka pendek tapi di jangka panjang adalah yang terbaik.  Harap tabah dan percayalah kegembiraan dan ketenangan akan berpihak di tempat Abg……………”


Leave a comment