Archive for the ‘Kehidupan’ Category

I LOVE U

November 22, 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Suatu petang……..

M : I LOVE U

L  : Awakkkk… hehehee

M :  Ye sayanggg…

L : Awak rindu yek kat saya yer…hehehee… tapikan awak dah kahwin…

M : Memanglah… rasa rindu, sayang dan cinta kat awak

L :  Awak selalu tak sebut I LOVE U kat ur wife?

M :  Selalu juga…

L : Last question, kalau awak selalu sebut cinta kat ur wife… so cinta awak kat saya apa gunanyer?

M : Hahahaa… soalan mudah. Seorang lelaki boleh bercinta dengan 4 perempuan sekaligus

L : huhuhuhu….. **pitam**!

Memang benar dan tiada penafian lelaki boleh bercinta dan berkahwin dengan 4 perempuan atau lebih jika berkemampuan dari semua aspek dan dimensi diri…. cuma… dot dot dot…..

Advertisements

Hehehehe…. Boleh buat kopi tak?…

November 22, 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Situasi 1

Manager     :  You didnt come yesterday and I have to make coffee for the guests!

Secretary    :  I was on MC yesterday… so sorry abt that. Cant you ask someone else to help you?

Situasi 2

Secretary tengah kemas dan pack semua katalog yang banyak dan dalam keadaan berpeluh-peluh dan comot…..

Manager     :  Secretary…need you to make one cup of coffee for this unexpected client.

Secretary    :  Im in the midst of cleaning and packing all these catalogues and I’m sweating… can you please ask the clerk to help you?

Clerk          :  Kak N… mcmana nak buat kopi… manalah saya tahu nak buat. berapa banyak kopi nak letak. mana cawan dia… susahlah… Saya tak retillah nak buat…

Secretary    :  uuuhhh????…. (terpaksa juga lakukan secawan kopi dalam keadaan badan yang berpeluh-peluh dan comot…)

Sukar nak ungkap situasi di atas….. seorang setiausaha tak belajar cara-cara buat kopi, teh atau hidang makanan semasa belajar di kolej atau mana-mana kursus kesetiausahaan. Semuanya perlu tahu secara semulajadi atas kehendak tugasan dan keperluan kehidupan…. Aku jadi terkedu dan terkesima… entahlahhhh….

“Siapa suruh kau belajar”

April 18, 2011

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Beberapa minggu yang sungguh memenatkan.  Pening dan bosan jadinya. Semuanya tak mahu bertanggungjawab. Macamlah aku yang pangkatnya Prof atau Dr yang boleh buat keputusan. Aku hanya boleh mencadangkan sahaja tapi jawapan kata putus mesti dari mereka. Masing-masing yang berjawatan enggan untuk duduk bersama untuk memberi satu kata putus. Balik-balik rasa nak merajuk dan tarik diri. Tapi mencari jalan penyelesaian tak pernah dicapai.

Si dia ni hendak macam ini. Si dia tu hendak macam itu. Email tak tengok, nak bincang terlalu sibuk. Bila sorang buat komen yang ini kata tak boleh macam itu, bila yang satu lagi komen, yang ini tambah berjela-jela. Lama-lama aku ditengah ini mati kena “darah tinggi”. Tolonggggggg

Ini semua gara-gara projek paper yang perlu aku buat dan lunaskan, kalau tidak tak bergraduatlah aku.

Antara suami, anak, kerjaya, belajar, emak, keluarga dan komuniti setempat semuanya berjalan dengan serentak yang kadang-kadang berkesudahan pada situasi sungguh memenatkan. “Siapa suruh kau belajar”?…itulah kata-kata kakak iparku pada suatu ketika padaku. Haruskah aku perlu berhenti, kini………………………….. (dalam hati dan fikiran ada macam-macam perkara yang sukar diberitahu dan diterjemahkan kenapa dan mengapa)………………..

Temujanji

February 4, 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Akhirnya aku akur dengan temujanji untuk makan tengahari bersama rakan sekerja di tempat lama. Ye…sudah hampir 2 tahun tidak menjejaki kaki di pejabat itu. Sebuah syarikat yang terkenal di Cyberjaya. 10 tahun lamanya diri ini menimba pengalaman, ilmu dalam erti kata lain makan gaji di situ. Pada mula saat diterima  bekerja di situ, dalam hati ada berdetik, “this will be my last job”…hehehe tapi akhirnya kaki ini telah melangkah pergi dek keinginan hati untuk meronta-ronta menamatkan “jodoh” dengan syarikat itu. Well, tiba masa dan takdir dariNYA telah menetapkan, tak boleh tunggu sesaat atau seminitpun.

Banyak yang diborakkan, perkembangan diri, anak-anak, suami dan rakan-rakan sekerja lama. Pelbagai yang aku ketahui dengan perasaan gembira, sedih, terkejut, tak sangka dengan bercampar baur. Gembira kerana ramai yang naik pangkat, berhenti kerja dengan pangkat dan jawatan yang jauh lebih hebat. Anak-anak dah besar masuk kolej, kejayaan peperiksaan yang cemerlang dan sebagainya.

Antara sepuluh rakan sekerja yang aku tanya, separuh darinya membawa berita sedih dan buat hati aku terkejut sekali. Sepanjang sepuluh tahun di sana, mereka dikatakan pasangan yang bahagia sekali. Namun, mungkin dugaan dan cabaran yang Allah swt ingin turunkan, ada yang telah berpisah, menunggu hari penceraian atau masih bertahan.

Mungkin ini semua sudah takdir ketentuan. Hidup berpasangan penuh dengan cabaran dan dugaan yang tidak pasti bila akan dilanda ombak yang kekadang bagaikan tsunami tanpa jangkaan. Rata-rata pergolakkan kerana wujudnye orang ketiga, tidak mampu untuk menangkis godaan. Dalam hidup berpasangan, hanya pasangan itu sendiri sahaja yang mengetahui hal sebenar. Orang lain hanya mampu membuat spekulasi dan andaian. Namun, dalam mempertahankan rumahtangga yang dibina, anak adalah ikatan yang sukar diputuskan. Walaupun hati dan perasaan sudah benci, marah dan terus menjadi rawan dek kerana tiada persefahaman dan khianat, namun anak-anak mengukuhkan segalanya. Tahniah pada mana-mana pasangan yang tabah dan kekal mempertahankannya walaupun hati berselumat dengan gelodak perasaan. Kadang-kadang pengorbanan diri dan menjaga hati orang lain adalah sebaiknya.

Pada rakan-rakan ku di sana yang sedang menghadapi gelora dan dugaan rumahtangga, harap sabar selalu ingat padaNYA. Dugaan ini menjadikan kita lebih tabah dan berani menghadapai cabaran yang lebih besar. Allah swt turunkan musibah kerana yakin, umatnya mampu mengatasi dan supaya kita selalu ingat dan tunduk padaNYA. Insyallah, ada hikmah yang lebih baik di masa hadapan untuk dikecapi.

p/s : Terima kasih kepada “W” kerana sudi belanja lunch tempohari


“Unposted Letter” : Salam Terakhir 2

January 30, 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

“Terpisah sudah akhirnya hubungan yang ikat sekian lama. Anis ucapkan terima kasih atas kesudian menjadi teman istimewa selama ini dan memegang janji. Mungkin cinta ini bukan untuk dimiliki tapi untuk dirasai. Orang kata, cinta sejati ibarat angin bayu yang bertiup terasa segar di pipi dan nyaman di hati tanpa boleh dilihat. Terkubur segala memori  tanpa batu nisan sebagai tanda, namun ianya segar diingatan tiap detik bersama terutama tiap kali Anis cuba lelap dan tutup mata ini.

Jika bertemu pengganti Anis, moga jauh lebih baik dan dapat memahami sesungguhnya hati, perasaan, kerjaya, kedudukan dan segala aktiviti perancangan kehidupan. Ucapan terima kasih padanya kerana mampu memberi kebahagiaan, kegembiraan dan kepuasan.

Percayalah kemarahan akan reda dan pasti suatu hari nanti Abg akan memahami kenapa Anis bertindak untuk memutuskan hubungan ini. Pahit di jangka pendek tapi di jangka panjang adalah yang terbaik.  Harap tabah dan percayalah kegembiraan dan ketenangan akan berpihak di tempat Abg……………”


“Unposted Letter” : Salam Terakhir

January 23, 2011

“Salam, Anis ada satu permintaan terakhir. Minta sangat tolong tunaikan. Ianya untuk kebaikan bersama. Tolong jangan cari Anis di media mana sekalipun. Anggaplah Anis sudah tiada lagi di dunia untuk dihubungi. Kita putus cara baik. Kita padam segala memori. Kita bebas untuk lakukan apa saje. Tolong tunaikan. Salam akhir dari Anis, jaga diri, ur parents & family”

Itulah kata-kata kiriman sms terakhir dari Anis untuk seorang yang sungguh istimewa di hati Anis. Namun desakan, lukanya hati, peristiwa yang berlaku hingga Anis membuat keputusan melepaskan sekali lagi hubungan ini. Tak tahu kenapa, hati ini kembali remuk dan berkecai.

Anis tak perlu lagi untuk berkata-kata. Mulut ini bagaikan terkunci rapat dan jari jemari ini menjadi kaku untuk membalas sms. Hanya perasaan hati yang membuak-buak atas kekecewaan dan dalam fikiran yang ligat berkata-kata..kenapa dan mengapa?

Anis hanya perlu senyap membisu dan biarkan saja pekara ini berulang lagi. NEKAD? Beribu kali sudah nekad! Namun dek kerana SAYANG dan CINTA menyebabkan Anis berulang kali kembali menerima hubungan ini walaupun beribu kali juga telah dikecewakan. Bodohkan Anis? Masih tegar menyimpan perasaan sayang dan cinta walaupun sudah pernah “ditalakkan” malah dimaki hamun dengan kata hina “pergi mampus”…. tapi Anis tetap sabar. Apakah erti semua ini?? Katanya Anis perlu positif? Positif sehingga membiarkan apa sahaja yang dilakukan tanpa boleh bertanya dan mempersoalkan?.

Bukan Anis menghalang atau mengongkong perjalanan hidup tapi cubalah ikhlas atau jujur sekali untuk Anis.

Jika ingin simpan 10 # sekalipun, simpanlah dan gunakanlah untuk perkara yang baik. Dan jika memberitahu, nyatakanlah perkara yang benar dan betul. Jangan sekali-kali kata no. itu dah tak valid dan tidak boleh digunakan lagi padahal ianya masih aktif dan boleh dihubungi. Apakah maksud penyataan itu. Alasan hp itu dijadikan alarm adalah sangat tidak berasas. Tidak bolehkah hp yang dua lagi itu dijadikan alarm?? perlu 3 hp untuk dijadikan alarm? atau alarm 013 adalah alarm istimewa?. Kecewa Anis dengan 013 adalah kerana dahulu Anis berjaya memerangkap aktiviti “malam” beliau apabila berada di out station. Tapi Anis tetap sabar, kalau benar itu adalah keinginan untuk mengisi kesunyian hatinya. Dipersilakan….

Kini, buatlah apa sahaja perkara mengikut kehendak dan keinginan yang bersesuaian dengan perjalanan kehidupan. Tiada lagi labelan pertanyaan “provokasi” Anis yang dikatakan meletihkan fikiran.

Kata-kata biarlah ianya datang dengan sendiri sebenarnya sudah lama hadir sejak dari awal pertemuan. Ianya teguh dan terlalu yakin akan kebenarannya. Namun, harapan musnah dan ianya telah hilang di awal kali perpisahan dahulu. Terlalu mengharapkan dia untuk menyembuhkannya tapi ianya tidak hadir dan terus tenggelam…

KISS

May 3, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

KISS ~~ Keep It Simple and Sweet. Satu akronim yang ringkas, mudah dan tepat. Thanks M!. Yeah yeah yeah… akan ku praktikkan. Manusia kalau nak jelaskan sesuatu mesti nak meleret-leret kalau dalam keadaan tersepit atau cuba mengelak. Itu yang aku perhatikan, termasuklah dalam diriku ini. Mungkin ianya adalah tindakan refleks atau perasaan semulajadi manusia. Tidak dinafikan. Namun jika inginkan sesuatu respons atas persoalan yang diajukan pula selalu inginkan yang tepat sahaja. Bagaikan untuk memenuhi ruang lingkup perasaan yang menyeluruh.

Setiap butir patah perkataan yang keluar dari mulut kita ini sememangnya memberi kesan secara langsung atau tidak langsung oleh penerima. Apakah tujuan mesej melalui patah perkataan itu? Adakah ianya hanya tersurat atau tersirat penuh makna.

Manakala penerima mesej itu pula akan membuat beberapa proses persepsi pemikiran manusia melalui rangsangan untuk pemilihan, penyusunan dan akhir sekali ialah interpretasi iaitu memberi makna atas sesuatu mesej yang diterima. Itu semua dikatakan berlaku di dalam kotak pemikiran manusia yang mampu dan bijak dalam membuat rational yang terbaik dan munasabah. Sebab itu ada pepatah atau kata-kata pujangga mengatakan bahawa……

“Kepetahan Lidah Umpama Halilintar, Membelah Bumi, Menggegarkan Dunia”.  Gerrrrrrrrrrrrrrrrr….

Layanan Yang Diharapkan

May 3, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apabila kita bercakap dan mengutarakan pendapat tentang apa yang dimaksudkan tentang layanan, sudah tentu perkara-perkara yang tersenarai di bawah ini yang bermain difikiran dan terbit di hati dan perasaan setiap manusia. Ingin sekali, Di….

…fahami… terima…. hormati…percayai… sayangi…belai….   beri perhatian….beri sokongan….

 Bolehkah kita memperolehi layanan yang dingini dan seterusnya mampukah kita memberi layanan yang sepatutnya? Nampak mudah sahaja tindakan itu, tetapi sebenarnya memerlukan tindakan sepenuh hati Jika tidak, impaknya hanya diluaran sahaja dan tidak langsung mengesankan. Justeru itu, layanlah orang lain sebaik mungkin sebagaimana anda mahu diri anda dilayan oleh orang itu…. Huhuhuhuu….

Minda Telepati

April 12, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Aku berchatting dengan rakan maya beberapa bulan yang lepas. Agak lain kali ini. Katanya dia mempunyai kuasa untuk membaca minda tentang kehidupan melalui tarikh lahir, warna kegemaran, jenis bunga yang disukai, nombor pilihan, suara, wajah dan sebagainya. Kuasa minda telepati katanya.

Bukan untuk menbelakangi takdir atau ketetapan dariNYA supaya tidak lari akidah. Namun tidak mempunyai apa-apa niat sekadar untuk mengetahui potensi kelebihan atau kekurangan. Aku dikatakan suka bergaya dan sering berpakaian kemas dan kena pada waktunya. Penampilan diri sering dijaga.

Namun, katanya aku akan menjalani kehidupan yang sukar dan berliku di sepanjang kehidupan. Apa yang diingini dan capai terpaksa mengharungi jalan-jalan yang susah.

Aku digolongkan sebagai individu yang “hot tampered” dan mempunyai ego atau mungkin superego yang sangat tinggi. Tidak dinafikan kerana aku sering dilabelkan begitu. Katanya lagi, kisah percintaan aku sukar. Aku diibaratkan seperti hidup dalam sangkar. Tiada siapa yang tahu kepedihan, ketidakbahagiaan, kerumitan dan kesukaran serta keadaan yang sering dalam serba salah berdepan dalam kehidupan. Aku berlindung atas gelak ketawa, riang ria dan senyuman yang terpancar dimukaku.  Aku tak akan menemui kebahagiaan. Lebih teruk daripada itu, aku dikatakan akan mengalami mental pressure. Aku suka bermonolog….

Adoooiiii…. bila aku membaca tulisan itu buat diri rasa terlalu banyak kekurangan, kelemahan dan penuh rasa kesakitan. Bila dia mengajukan pelbagai soalan ternyata betul kebanyakan. Aku jadi terdiam dan terkedu. Adakah kebetulan atau sememangnya. Dalam hati ini, aku mesti percaya, akur dan sembah padaNYA lebih dari segalanya. Apa yang aku ketahui dari rakan mayaku ini hanya untuk pengetahuan semata-mata atas ilmu sains minda telepati yang dimiliki. DIA adalah segala dan penentunya atas kehidupanku ini.

Adakah sebab –sebab ini aku banyak melepaskan perkara yang sepatutnya.  Aku hadapi semuanya atas rasa tanggungjawab dan amanah dan ingin menjaga hati. Antara 1 vs 10 orang. Pernahkah anda mengalami minda telepati seperti apa yang aku alami?….

Entri Samba

March 31, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

3.15 pagi — Pagi yang sangat dingin hari ini. Di luar sana, hujan lebat menyembahi bumi, membasahi bumi dengan rasa kesegaran dan kesejukan. Aduhhhhhh enak sekali. Pastinya ramai yang masih dan terus diulit mimpi indah. Menarik selimut hingga leher, menggerekongkan diri. Menikmati indahnya kuasa tidur pemberianNYA terapi keletihan badan agar segar dan bertenaga untuk esok hari.

Cuma, aku jer tak boleh tidur. Masih leka dan bagaikan ada gam untuk melekat dan “bertengkek” di atas kerusi melayan komputer- blogginglah, fbinglah, emaillah, chattinglah arrrrrghhhhhh. Kenapa mataku tak boleh tido. Mungkin stress sebab assignment tak siap2 lagi. Tak tahu kenapa, aku tak mampu untuk mencari idea walau sebarispun. Sigor dibuatnyer… karok karok karok…

Bermacam yang ada di minda dan fikiranku tentang peristiwa, kejadian, pengalaman telah singgah melingkari kehidupan diri ini. Ingin sekali ku terjah dan terjemahkan di penulisan, tapi nanti-nantilah. Cuma hari ini, entri santai dan tak berfokus rasanya. Entri Samba……