Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Maafkan aku Emak..Ampunkan aku Abah

May 17, 2016

Assalamualaikum,

Lama tak menulis di sini. Mungkin sudah hilang rasa……entahlah. Minggu lepas aku berada di Tanjung Malim untuk mengikuti satu bengkel. Moga bengkel ini memberi manfaat. Lagi 9 kali sesi harus aku hadirikan diri. Di sana aku berjumpa dan berkenalan dengan seorang partisipan. Beliau ditemani oleh ibu bapa. Seorang perempuan istimewa (orang kelainan upaya)  hadir untuk mengikuti bengkel tersebut. Dari segi fizikal, aku perhatikan dia, beliau mengalami kesukaran berjalan di mana,  agak perlahan, saiz kepala yang agak besar tapi punyai minda yang kuat serta semangat yang gigih. Kekurangan diri tak menghalang beliau untuk terus menimba ilmu. Aku hormati beliau. Seorang guru pendidikan khas dan juga penuntut sarjana yang  cekal dan tabah mengharungi diri seharian untuk menguruskan diri dan dalam pencarian ilmu dunia ini.

Di sini, aku menulis bukan hanya tentang diri beliau yang istimewa itu, tetapi tentang peranan ibu bapa beliau. Sepasang ibu bapa yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga menghantar pelajar itu dari Kedah ke Tanjung Malim untuk mengikuti bengkel itu. Memastikan anaknya selesa dan dapat menimba ilmu di bengkel itu. Memastikan anaknya boleh ke tandas dengan terurus, mengambilkan makanan dan memotong ayam (menu hari itu), membawa beg yang berisi notebook yang agak besar dan mungkin sedikit berat dan memimpin anaknya ketika turun dari tangga.

Aku hanya tersenyum tapi dalam hati aku menangis dan termenung seketika. Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada ibu itu kepada peranan beliau bukan sahaja sebagai kasih sayang seorang ibu tapi sebagai sokongan sosial yang benar-benar diperlukan oleh anaknya. Fikiran aku melayang… aku tak sanggup untuk menyatakan di sini….

Pastinya, mana-mana ibu atau bapa di dunia ini akan sanggup berbuat apa sahaja untuk anak-anaknya. Berkorban masa, kasih sayang, wang, pertolongan dan segalanya untuk anak tercinta. Tapi adakah kita sebagai anak ini mampu untuk membalas jasa mereka. Aku jadi takut, takut dan sedih jika aku tak mampu dan dalam tanpa sedar aku menyakiti hati mereka. Maafkan aku…ampunkan aku…wahai ibuku dan bapaku…

 

 

Advertisements

Cindy Lauper : “True Colours”

February 4, 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Great and sensational song by Cindy Lauper – True Colours. Enjoy

p/s : Thanks to the owner of this video clip

3 adegan 3 minit

April 12, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Adegan 1 : Di Bilik Mesyuarat

Aku        :       R… boleh minta tolong tak?.. mana dia suis aircond bilik ni. Puas tul den cari? Tak jumpa-jumpa. Esok rombongan dah sampai. Kang kalu tak check bebetul hari ni semuanya…mampuihhh den esok.. Aku cuba berseloroh dengan rakan sepejabat. Esok ada para tetamu pejabat dari luar negara akan membuat kunjungan lawatan melawat kilang dan bertemu dengan bos-bos penting. Aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memastikan bahagian logistik semua berada betul dan sempurna. Bila tiba nak check bilik mesyuarat, tak jumpa pulak suis aircond. Selalu kalau pergi mesyuarat semuanya dah siap terpasang… tu yang tiba2 gelabah dan kelam kelibut dibuatnya…

R             :       Tulah pasal (R…dengan gelak terbahak-bahak melihat aku kehujung ke mari mencari suis aircond. Katanya..suis ada ditempat persembunyian yang istimewa seraya tergelak memandang aku. Nahhh…inilah suisnya yang terletak jauh ke belakang. Akupun tergelak sama. Memang jadi orang bodoh cari suis ini..hampeh tulll…

Aku        :       laaaaaaa…kat sini rupanya “kau” nyorokkk. Buat susah tull..hehehheheee

R             :       tulah…asyik duk memerap jerrr… kat tempat duk….buat kerja yang tak habis-habis…sebab tu jadi mcm tu

Aku        :       laaaa…bilik ni bukan selalu digunakanpun. Awat lekat suis jauh bebenor…. Selalu guna bilik mesyuarat yang satu lagi…hehehehehehee..

R             :       tulahhh….jadi lagi anti-sosial. Kan dah mengelabah. Hihihihi… lain kali, buat2 jenjalan kat office ni. Nyibukkan diri. Selalu datang jumpa I. kita story mory. Orang selalu ajak gi lunch, tak moh…

Aku        :       ?????? terpinga-pinga dan aku cuma mampu tersenyum dan tergelak…. (adoiiii)

Adegan 2 : Di Rumah

Pagi

Arif         :       Mama… papa balik tak malam ni?

Aku        :       laaa…kan papa pergi kursus…tentulah tak balik

Tengahari

Aku        :       Arif…turun cepat makan

Arif         :       yelah…sambil bertanya. Mama, papa balik tak malam ni?

Aku        :       tak, esok malam jer

Malam

Aku        :       Arif…magrib dah nak dekat habis ni…cepat solat

Arif         :       nantilahhhh

Aku        :       Arif…tolong mama, jangan nak ngada2. Mama suruh sekarang juga

Arif         :       oklah oklah…

Arif         :       Mama. Papa balik tak?

Aku        :       Masih terpinga-pinga. Kenapa dengan Arif hari ni? Dah banyak kali Arif tanya soalan yang sama? Arif rindu papa ker?

Arif         :       Terdiam sambil tersenyum tersipu. Tanpa menyahut soalan aku dan terus mengerjakan solat

Adegan 3 : Di Dalam kereta

Aku        :       Arif..mama nak tanya sikit. Kenapa Arif tak main bebetul hari ni kat gelanggang tadi?

Arif         :       dengan muka yang masam dan menjawab sambil meninggikan suara menahan perasaan kemarahan. Arif tak sukalah hari ni. Semua orang main macam tamak sgt. Bukan ada pertandinganpun. Dah cukup turn dahlah. Lagi nak sambung main. Tak nampak ker orang lain beratur nak main sama.

Aku        :       yelah…semua orang nak practice main nak pandai. Mereka bayarkan belajar badminton ni. Jadi mereka nak pastikan dapat berlatih dengan sepenuhnya

Arif         :       memang arrr…Kitapun bayar. Tapi tak guna otak ker? Kasilah peluang kat kawan lain. Orang lainpun beratur nak berlatih. Nada suara masih berdengus dan marah…

Aku        :       mereka tu semua tak tahu dan tak boleh baca fikiran orang lain atau Arif sekalipun. Jadi, mereka ambil peluanglah. Arif kenalah cakap dan beritahu mereka.

Arif         :       Arif tak sukalah orang mcm ni…

Aku        :       aku hanya mampu terkedu dan terdiam kali ni…

……………………………………………………….

Itulah situasi atau peristiwa yang berlaku dalam kehidupan aku baru-baru ini. Nampak mudah dan remeh. Namun, ada maksud yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata. Penuh makna dan sinis. Terdiam tanpa boleh mengungkap kata-kata untuk menjawap kembali….

Mata Penamat@Match Point

March 19, 2008

Sudah berulangan aku menonton cerita  “Match Point” yang ditayangkan di Star Movies. Entahlah kenapa aku suka menonton cuma yang pasti ianya memberi pengajaran bila manusia sudah terdesak di luar kawalan dan akal fikiran. Sanggup untuk melakukan sesuatu yang kejam. Walhal apa yang telah dilakukan sebelum ini bersama adalah atas rasa sayang, cinta bagi suatu kehendak, keperluan, keinginan dan kepuasan.

Namun, bila nafsu sudah bertakhta di hati tanpa menggunakan akal fikiran yang tinggi untuk membezakan perbuatan yang jahat dan kejam serta baik dan murni, pasti nanti natijah yang diterima mencengkam diri.

Cerita bermula, mengenai sepasang suami isteri yang kaya dan mempunyai 2 orang anak iaitu seorang lelaki dan perempuan. Anak lelaki telah bertunang dengan seorang perempuan yang cita-citanya untuk menjadi seorang artis. Namun dia tidak disukai oleh ibu lelaki tersebut atas alasan cita-citanya hanya remeh dan omongan kosong sahaja. Akhirnya mereka berpisah dan lelaki itu bertemu jodoh dengan perempuan lain. Manakala anak perempuan pasangan suami isteri ini pula telah terpikat dengan jurulatih tenis kepada abangnya. Namun, jurulatih tersebut lebih terpikat kepada tunangan abangnya kerana lebih menarik, seksi, menggoda dan memberi “kepuasan” apa yang lelaki itu inginkan. Tetapi disebabkan mencari peluang, wang, gaya hidup dan kedudukan yang lebih baik untuk diri dan kehidupan masa depan, jurulatih itu memilih anak perempuan pasangan kaya itu. Jurulatih itu telah berjaya menjawat dan menduduki jawatan yang sangat baik di dalam perniagaan ayah kepada perempuan itu. Akhirnya mereka berkahwin. Hasrat tercapai.

Namun, disebabkan perpisahan dan putus hubungan dengan bekas tunangan tersebut dengan ahli keluarga yang kaya itu, perasaan jurulatih itu kecewa. Ini kerana dalam hatinya masih berdetik dan terus menerus mengingati perempuan itu dan berharap bakal berjumpa untuk meneruskan perasaan dan gelora dihatinya. Suatu hari pertemuan secara tak sengaja telah berlangsung. Bercantumlah semula tali pemutus dan bermulalah suatu hubungan “luar” yang pada asasnya perasaan kasih sayang yang bergelora dan tak dapat dibendung. Kehidupan bagai sepasang suami isteri yang memerlukan “makanan” batin semata-mata. Dipendekkan cerita, perempuan itu akhirnya mengandung tanpa diduga dan ianya memberi tekanan kepada pihak lelaki mahupun perempuan itu sendiri. Pihak perempuan terus ingin menuntut haknya atas anak yang dikandung dan sering mencari lelaki itu untuk bersama dan bertanggungjawab. Manakala lelaki itu pula tertekan dan tersepit antara isterinya yang juga mengandung serta kedudukan di dalam keluarga perempuan itu yang banyak menolong dan membantu dalam mencapai tahap kedudukan dan kehidupan yang lebih baik.

Berlakulah beberapa insiden yang mana pergaduhan dan kekecohan telah berlaku. Maka, kewarasan akal lelaki menjadi di luar batasan emosi yang kurang rasional. Masing-masing menjadi defensif bagi menegakkan kehendak tuntutan agar puas di hati mereka. Lantas, agar hak dan ruang yang dikecapi kini, tidak tergugat dan dicerobohi, maka, lelaki itu telah bertindak dalam suatu rancangan untuk membunuh perempuan itu. Wahhh…suspen sungguh masa hari perempuan itu dibunuh… (aku tak moh cerita kerana memang lelaki ini berani untuk melakukan bila diri sungguh2 dalam keadaan tertekan dan terdesak). Akhirnya perempuan itu mati dalam cara dan suasana seperti rompakan oleh penagih dadah di apartment perempuan tersebut.

Namun, kesalahan diri terus membaham dan menghantui hati dan perasaan lelaki tersebut. Walau kelihatan tenang dalam hati dan perasaan tetapi kehadiran roh untuk membalas dendam hadir dalam mainan perasaan dan mimpi. Polis telah mensyaki ianya perbuatan lelaki tersebut, tetapi gagal untuk membukti atas beberapa alasan yang samar untuk diketengah dan dijadikan bahan bukti. Akhirnya lelaki tersebut terselamat. Dia hidup gembira bersama isteri dan anak yang baru dilahirkan. Itulah penamatnya.

Aku terpegun. Daya pemikiran manusia yang berasaskan akal fikiran yang tinggi bertukar bila NAFSU jahat mematikan niat baik atas kehendak, keinginan dan kepuasan bersama. Bila ketenangan dan keindahan sedang berlangsung, kekadang manusia leka lagi alpa akan kesan atau natijah berlaku kerana perbuatan salah di sisi agama dan nilai manusia tidak dijaga dan bertanggungjawab. Suatu hubungan itu bukan atas alasan NAFSU tetapi mesti bertanggungjawab menerima kesan atas apa yang bakal berlaku dan tanggani dengan hati terbuka dalam mencari penyelesaian yang baik.

Walaupun ianya hanya cerita filem semata-mata, tetapi ianya patut tonton dan nilaikanlah. Nilai dan harga diri seseorang yang dipanggil manusia yang tinggi dari segi penciptaan olehNYA boleh bertindak sedemikian. Mencari mata penamat dan titik noktah penyelesaian untuk suatu masalah tanpa fikiran rasional dan emosi menggunung. Dengan kejam telah mengorbankan nyawa sesama manusia. Mungkin suatu tekanan yang tak boleh dibendung lagi atau mencari jalan singkat dan mudah. Korek lubang dan gambuskan sahaja…… 

Hello world!

February 11, 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!