Layanan Yang Diharapkan

May 3, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apabila kita bercakap dan mengutarakan pendapat tentang apa yang dimaksudkan tentang layanan, sudah tentu perkara-perkara yang tersenarai di bawah ini yang bermain difikiran dan terbit di hati dan perasaan setiap manusia. Ingin sekali, Di….

…fahami… terima…. hormati…percayai… sayangi…belai….   beri perhatian….beri sokongan….

 Bolehkah kita memperolehi layanan yang dingini dan seterusnya mampukah kita memberi layanan yang sepatutnya? Nampak mudah sahaja tindakan itu, tetapi sebenarnya memerlukan tindakan sepenuh hati Jika tidak, impaknya hanya diluaran sahaja dan tidak langsung mengesankan. Justeru itu, layanlah orang lain sebaik mungkin sebagaimana anda mahu diri anda dilayan oleh orang itu…. Huhuhuhuu….

Minda Telepati

April 12, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Aku berchatting dengan rakan maya beberapa bulan yang lepas. Agak lain kali ini. Katanya dia mempunyai kuasa untuk membaca minda tentang kehidupan melalui tarikh lahir, warna kegemaran, jenis bunga yang disukai, nombor pilihan, suara, wajah dan sebagainya. Kuasa minda telepati katanya.

Bukan untuk menbelakangi takdir atau ketetapan dariNYA supaya tidak lari akidah. Namun tidak mempunyai apa-apa niat sekadar untuk mengetahui potensi kelebihan atau kekurangan. Aku dikatakan suka bergaya dan sering berpakaian kemas dan kena pada waktunya. Penampilan diri sering dijaga.

Namun, katanya aku akan menjalani kehidupan yang sukar dan berliku di sepanjang kehidupan. Apa yang diingini dan capai terpaksa mengharungi jalan-jalan yang susah.

Aku digolongkan sebagai individu yang “hot tampered” dan mempunyai ego atau mungkin superego yang sangat tinggi. Tidak dinafikan kerana aku sering dilabelkan begitu. Katanya lagi, kisah percintaan aku sukar. Aku diibaratkan seperti hidup dalam sangkar. Tiada siapa yang tahu kepedihan, ketidakbahagiaan, kerumitan dan kesukaran serta keadaan yang sering dalam serba salah berdepan dalam kehidupan. Aku berlindung atas gelak ketawa, riang ria dan senyuman yang terpancar dimukaku.  Aku tak akan menemui kebahagiaan. Lebih teruk daripada itu, aku dikatakan akan mengalami mental pressure. Aku suka bermonolog….

Adoooiiii…. bila aku membaca tulisan itu buat diri rasa terlalu banyak kekurangan, kelemahan dan penuh rasa kesakitan. Bila dia mengajukan pelbagai soalan ternyata betul kebanyakan. Aku jadi terdiam dan terkedu. Adakah kebetulan atau sememangnya. Dalam hati ini, aku mesti percaya, akur dan sembah padaNYA lebih dari segalanya. Apa yang aku ketahui dari rakan mayaku ini hanya untuk pengetahuan semata-mata atas ilmu sains minda telepati yang dimiliki. DIA adalah segala dan penentunya atas kehidupanku ini.

Adakah sebab –sebab ini aku banyak melepaskan perkara yang sepatutnya.  Aku hadapi semuanya atas rasa tanggungjawab dan amanah dan ingin menjaga hati. Antara 1 vs 10 orang. Pernahkah anda mengalami minda telepati seperti apa yang aku alami?….

3 adegan 3 minit

April 12, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Adegan 1 : Di Bilik Mesyuarat

Aku        :       R… boleh minta tolong tak?.. mana dia suis aircond bilik ni. Puas tul den cari? Tak jumpa-jumpa. Esok rombongan dah sampai. Kang kalu tak check bebetul hari ni semuanya…mampuihhh den esok.. Aku cuba berseloroh dengan rakan sepejabat. Esok ada para tetamu pejabat dari luar negara akan membuat kunjungan lawatan melawat kilang dan bertemu dengan bos-bos penting. Aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memastikan bahagian logistik semua berada betul dan sempurna. Bila tiba nak check bilik mesyuarat, tak jumpa pulak suis aircond. Selalu kalau pergi mesyuarat semuanya dah siap terpasang… tu yang tiba2 gelabah dan kelam kelibut dibuatnya…

R             :       Tulah pasal (R…dengan gelak terbahak-bahak melihat aku kehujung ke mari mencari suis aircond. Katanya..suis ada ditempat persembunyian yang istimewa seraya tergelak memandang aku. Nahhh…inilah suisnya yang terletak jauh ke belakang. Akupun tergelak sama. Memang jadi orang bodoh cari suis ini..hampeh tulll…

Aku        :       laaaaaaa…kat sini rupanya “kau” nyorokkk. Buat susah tull..hehehheheee

R             :       tulah…asyik duk memerap jerrr… kat tempat duk….buat kerja yang tak habis-habis…sebab tu jadi mcm tu

Aku        :       laaaa…bilik ni bukan selalu digunakanpun. Awat lekat suis jauh bebenor…. Selalu guna bilik mesyuarat yang satu lagi…hehehehehehee..

R             :       tulahhh….jadi lagi anti-sosial. Kan dah mengelabah. Hihihihi… lain kali, buat2 jenjalan kat office ni. Nyibukkan diri. Selalu datang jumpa I. kita story mory. Orang selalu ajak gi lunch, tak moh…

Aku        :       ?????? terpinga-pinga dan aku cuma mampu tersenyum dan tergelak…. (adoiiii)

Adegan 2 : Di Rumah

Pagi

Arif         :       Mama… papa balik tak malam ni?

Aku        :       laaa…kan papa pergi kursus…tentulah tak balik

Tengahari

Aku        :       Arif…turun cepat makan

Arif         :       yelah…sambil bertanya. Mama, papa balik tak malam ni?

Aku        :       tak, esok malam jer

Malam

Aku        :       Arif…magrib dah nak dekat habis ni…cepat solat

Arif         :       nantilahhhh

Aku        :       Arif…tolong mama, jangan nak ngada2. Mama suruh sekarang juga

Arif         :       oklah oklah…

Arif         :       Mama. Papa balik tak?

Aku        :       Masih terpinga-pinga. Kenapa dengan Arif hari ni? Dah banyak kali Arif tanya soalan yang sama? Arif rindu papa ker?

Arif         :       Terdiam sambil tersenyum tersipu. Tanpa menyahut soalan aku dan terus mengerjakan solat

Adegan 3 : Di Dalam kereta

Aku        :       Arif..mama nak tanya sikit. Kenapa Arif tak main bebetul hari ni kat gelanggang tadi?

Arif         :       dengan muka yang masam dan menjawab sambil meninggikan suara menahan perasaan kemarahan. Arif tak sukalah hari ni. Semua orang main macam tamak sgt. Bukan ada pertandinganpun. Dah cukup turn dahlah. Lagi nak sambung main. Tak nampak ker orang lain beratur nak main sama.

Aku        :       yelah…semua orang nak practice main nak pandai. Mereka bayarkan belajar badminton ni. Jadi mereka nak pastikan dapat berlatih dengan sepenuhnya

Arif         :       memang arrr…Kitapun bayar. Tapi tak guna otak ker? Kasilah peluang kat kawan lain. Orang lainpun beratur nak berlatih. Nada suara masih berdengus dan marah…

Aku        :       mereka tu semua tak tahu dan tak boleh baca fikiran orang lain atau Arif sekalipun. Jadi, mereka ambil peluanglah. Arif kenalah cakap dan beritahu mereka.

Arif         :       Arif tak sukalah orang mcm ni…

Aku        :       aku hanya mampu terkedu dan terdiam kali ni…

……………………………………………………….

Itulah situasi atau peristiwa yang berlaku dalam kehidupan aku baru-baru ini. Nampak mudah dan remeh. Namun, ada maksud yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata. Penuh makna dan sinis. Terdiam tanpa boleh mengungkap kata-kata untuk menjawap kembali….

Entri Samba

March 31, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

3.15 pagi — Pagi yang sangat dingin hari ini. Di luar sana, hujan lebat menyembahi bumi, membasahi bumi dengan rasa kesegaran dan kesejukan. Aduhhhhhh enak sekali. Pastinya ramai yang masih dan terus diulit mimpi indah. Menarik selimut hingga leher, menggerekongkan diri. Menikmati indahnya kuasa tidur pemberianNYA terapi keletihan badan agar segar dan bertenaga untuk esok hari.

Cuma, aku jer tak boleh tidur. Masih leka dan bagaikan ada gam untuk melekat dan “bertengkek” di atas kerusi melayan komputer- blogginglah, fbinglah, emaillah, chattinglah arrrrrghhhhhh. Kenapa mataku tak boleh tido. Mungkin stress sebab assignment tak siap2 lagi. Tak tahu kenapa, aku tak mampu untuk mencari idea walau sebarispun. Sigor dibuatnyer… karok karok karok…

Bermacam yang ada di minda dan fikiranku tentang peristiwa, kejadian, pengalaman telah singgah melingkari kehidupan diri ini. Ingin sekali ku terjah dan terjemahkan di penulisan, tapi nanti-nantilah. Cuma hari ini, entri santai dan tak berfokus rasanya. Entri Samba……

Mencari Pasangan Sempurna

February 23, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Aku diberitahu, kelas akan bermula agak lewat pada hari itu. Boring pulak dibuatnya. Lantas aku ke bangku tepian luar Pusar Sumber, mencari majalah-majalah yang menarik untuk dibaca sekadar memenuhi masa lapang. Bak kata orang puteh ..”killing time“..hehehee atau bunuh masa kalau diterjermahkan terus menerus. Hancussss.  Sedang aku khuysuk membelek helaian muka surat majalah, terbaca satu artikel yang begitu mencuit hati. Ada kebenarannya walaupun nampak remeh dan santai tapi atas rasa kepinginan lumrah manusia dalam mencari kesempurnaan. Beginilah ceritanya:-

 Si A telah pergi ke pejabat mencari jodoh dengan tujuan untuk bertemu pasangan hidup lantas menanyakan soalan kepada pegawai bertugas, “Saya ingin mencari jodoh dan tolong carikan saya pasangan hidup yang sesuai.” Pegawai itu bertanya, “Boleh beritahu apakah ciri-cirinya.”  ” Ohhhh, semestinya seorang yang menawan, menarik perhatian, berbudi bahasa, penuh dengan lawak jenaka, sporty, bijak lagi berpengetahuan, pandai menyanyi dan menari. Boleh menemani saya sepanjang hari di rumah semasa masa rehat, jikalau saya tidak keluar rumah. Lebih daripada itu boleh menjadi teman bicara dan bercerita tentang perkara-perkara yang menarik untuk kongsian. Dia juga boleh senyap seketika bila saya ingin rehat.” Pegawai mencari jodoh itu diam dan telah menjadi pendengar yang baik. Dia senyum seraya menjawap, “Saya sangat memahami kehendak anda, sebenarnya anda memerlukan sebuah TELEVISYEN”.  hehehhehehehheee….gelak sakan dibuatnya aku….memangpunnn

Memenuhi kehendak naluri dan lumrah manusia yang tak pernah puas telah menetapkan ciri-ciri yang ideal dan sempurna dalam pencarian pasangan hidup. Agar tak terlepas pandang. Bak kata orang pasangan sempurna hanya berlaku bila isteri itu seorang yang BUTA manakala suaminya pula adalah seorang PEKAK. Ada betul ker? hihihihi. Mungkin kalau isteri itu buta, tak mampu untuk melihat kesilapan suaminya dan jikalau suaminya pekak, tak dapat pula mendengar leteran isteri yang menyakitkan halwa telinga. hehehee. Begitulah kisah ragam manusia dalam mencari kesempurnaan pasangannya. Malangnya, bila keseronokan bercinta itu pudar segalanya yang indah-indah terdahulu hilang lenyap lantas menimbulkan keresahan dan mimpi buruk bagi pasangan itu… Fikir-fikirkanlah…Ada betuiii karrr??? huhuhuhu

It’s hurting you…but it’s killing me…

February 12, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Jika tetamu berkunjung atau mampir ke rumah anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan selalu diharapkan kerana ianya rezeki dariNYA dan mengikat akrabnya silaturahim. Bagaimana pula dengan tetamu yang hadir di kalbu hanya sementara untuk kita sambut kegembiraan tapi akhirnya ianya mengecewakan hati anda…..

Anis merenung jauh di tepian jendela. Di saiz jendela yang kecil menjurus pemandangan luar yang luas dan terbentang lebar. Masihkah ada sisa-sisa harapan kembali subur agar hati Anis boleh sembuh semula walaupun sendirian….

Lagu ini begitu meruntun jiwa dengan gemersik suara penyanyinya merdu sekali….

p/s : terima kasih tuanpunya klip video ini.

Mertua vs Menantu

February 8, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ketika diri sedang asyik memandu ke pejabat, hati terusik dengan isu pagi di Hot.fm. Menantu yang mempunyai masalah hubungan dengan mertua. Adakah ianya berlaku bermula dengan sikap ego mertua atau menantu itu sendiri.

Rata-rata permasalahan ini hanya berlaku di kalangan menantu perempuan dan mertua juga seorang perempuan. Kenapa ianya berlaku? Padahal di permulaan perkenalan atau di awal perkahwinan semuanya berjalan dengan lancar dan indah sekali. Toleransi dan kompromasi sungguh tinggi. Kenapa ketidakpuasan hati dan pertelingkahan berlaku. Di mana silapnya. Masing-masing menyatakan mereka betul dan pihak yang satu lagi salah belaka.

Isu-isu sedemikian bukan isu terpencil. Ianya isu rumit dan sudah terbukti telah meruntuh rumahtangga yang dibina. Permasalahan ini melibatkan soal hati dan perasaan. Boleh jadi gangguan emosi melampau hingga bersikap tidak rasional pada saat dan ketika berlakunya perselisihan faham atau pergaduhan. Hinggakan boleh meleret-leret dan melibatkan orang lain serta peristiwa lampau.

Sikap ingin mempertahankan maruah, tidak boleh ditegur, suka melawan cakap, terlalu menjaga kebajikan anak lelaki, mempastikan menantu perempuan tidak mengambil dan merentap kasih sayang jauh dari ibunya. Kisah-kisah sedemikian berlaku di mata aku sendiri. Jika benar tidak suka sungguh dengan ibu mertua…tolong jangan hina mereka di depan orang lain dan sebaliknya. Ibaratkan ibu mertua sebagai ibu sendiri. Jika benar-benar tidak boleh tahan dengan sikap mereka. Pergi jauh dan jarak hubungan buat seketika. Memang kalau dekat bau busuknya amat kuat sekali, tetapi kalau jauh haruman lebih semerbak daripada bunga ros atau minyak wangi berjenama yang mahal sekalipun. Berdiam bukan bererti kalah atau merajuk dan pergi jauh bukan bermaksud melawan. Cuma untuk meredakan suasana.

Cuma ingatlah, menantu-menantu perempuan atau baik lelaki sekalipun, di kala ini kita masih muda dan kuat. Nanti bila tua, kita juga akan menghadapi masalah yang sama juga. Inginkah kita hidup dengan suasana penuh dengan kemarahan. Jika anak-anak kita tak ingat ibubapa dek kemaruk hidup indah dengan isterinya, biarkanlah, satu hari nanti, dia akan pasti kembali pada kita atau nescaya balasan Allah ada padanya. Cuma doakan yang baik-baik untuk anak lelaki dan menantu. Juga menantu perempuan, jangan kita menerbitkan lagi banyak si Tanggang moden di dunia ini lagi. Dosanya tak tertanggung.

Ada ketika diri ini juga mempunyai masalah dan rasa tidak puas hati dengan tindakan mertua aku. Namun, ianya ibu suami ku, suka atau tidak, hendak atau tidak, aku harus berdepan dan menyelesaikan. Jikalau aku mempersakiti hati ibu mertua, ini memakna hati suamiku juga akan dirobek nak nak lagi, kalau suami itu adalah anak kesayangan ibunya. Bagaimana harus aku mempersakiti hati 2 orang sekaligus atau mungkin ramai sekali dalam satu-satu masa. Jadi, langkahnya hanya perlu buat hanya diam menahan gertuan hati dan perasaan. Menjaga perasaan ibubapa adalah tanggungjawab wajib dan bukannya adat. Ianya dituntut oleh Islam. Justeru, mencari jalan selamat dan terbaik dalam menjaga keharmonian hubungan demi semua pihak.

Gurauan

February 8, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pernahkah anda dituduh dengan pernuduhan yang tidak adil dan sewenang-wenangnya walaupun dengan alasan “bergurau”. Tahukah anda tujuan gurauan itu, jenis gurauan, bilakah masa, siapakah sasaran, dimanakah tempat yang sesuai untuk dijadikan gurauan yang tepat.

Bukankah gurauan juga melibatkan jarak masa atau tempoh lamanya kita sudah berkenalan dengan orang yang ingin kita bergurau. Iaitu tahap kemesraan dan kebiasaan dalam hubungan itu. Bolehkah kita sembrono menyatakan bahan gurauan tersebut?.

Pernahkan anda alami saat-saat gurauan melampau dengan orang yang anda hormati, memegang jawatan penting dan berprofil tinggi dan ditambah lagi jangkamasa perkenalan singkat tetapi beliau telah memalukan anda dikhalayak ramai. Adakah  orang-orang sedemikian ini bila menyatakan ayat-ayat yang memalukan orang lain hanya bersifat gurauan dan sebaliknya orang yang rendah jawatannya pula dikatakan tidak reti menggunakan komunikasi yang setepatnya.

Sudah tentu perasaan anda dalam keadaan yang amat memalukan dan terhina. Maruah tercalar dan terpalit bagaikan air muka anda telah disimbah “taik” yang sungguh busuk. Di manakah rasanya nak letak muka ini?. Di balik dinding, di bawah meja, menutup dengan kedua-dua belah tapak tanganpun belum tentu dapat menangkis jauh kata-kata gurauan hinaan dari pandangan orang ramai yang berada di situ. Ditambahkan lagi semua mata disekeliling memandang tepat di muka anda…. malunya…..

Apakah atribusi dan persepsi orang yang berada di sekeliling kejadian tersebut. Adakah mereka tak ambil kisah? Adakah mereka berfikir sejenak..dengan mengatakan benarkah? Hanya orang yang mengeluarkan kata-kata gurauan melampau itu sahaja yang tahu tujuan sebenar kenapa bait-bait ayat penghinaan itu tersembur keluar. Manusia ini mudah sungguh melabelkan orang lain tanpa mengambil kira hati dan perasaan dengan alasan bergurau dan tak  sengaja. Tidak berfikir sejenak kesan yang bakal timbul. Mungkinkah mereka yang terkena gurauan melampau akan hilang keyakinan diri, moral diri jatuh, motivasi hilang dan sebagainya.

Hukum lumrah manusia tak akan berada di puncak buat selama-lamanya. Pasti akan jatuh juga akhirnya. Kita diingatkan selalu munasabah diri. Mungkin aku akan menangis selebat-lebatnya kerana gurauan hina yang melampau, tetapi esok lusa siapa tahu…

16 Januari 2010

February 8, 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera,

 “Genap 2 tahun. Terasa kosong, meratapi kehilangannya. Tiada yang selayaknya”

Itulah kata-kata di dalam kiriman sms pada tarikh tersebut. Anis terpegun dan terdiam seketika. Apakah maksud sebenarnya kiriman sms itu. Apa perlu Anis lakukan?? Berdiam diri, Menjawab kembali??. Anis bingung seketika. Kata-kata perpisahan telahpun dilafazkan. Kedua-dua pihak sudah mempersetujui. Jadi apa makna kiriman sms itu?

Selama waktu perpisahan, Anis kecewa nan lara. Kecewa dan terkilan. Banyak sangatkah permintaan hingga melemaskan diri dia dan hubungan ini. Adakah Anis sering membuatkan dirinya tertekan, resah, bosan dan sebagainya. Kalau ya…nyatakanlah. Dan kalau sebenarnya hati ingin bebas dan undur diri juga nyatakanlah… 

Dan selama Anis berpisah 2 tahun, luarannya nampak gembira, senyum terlebar luas, gelaknya berbunyi riang, wajahnya terpancar sinar indah, namun dalaman tiada siapa yang tahu keruan hati dan tekanan di jiwa.

Jika hubungan ini bersandarkan rasa cinta, kasih dan sayang, Anis inginkan terbaik dan terindah. Jika hanya cinta semata-mata, ianya hanya dorongan nafsu dalam erti hubungan ini. Namun jika ianya kasih sayang, hubungan ini akan mendatar tanpa keseronokan. Anis bukan tamak, tapi ingin menikmati dan merasai hakikat hubungan yang penuh cinta dan kasih sayang. 

Wang ringgit, harta benda, jawatan tinggi yang disandang bukan itu yang dicari. Bukan itu menjadi keutamaan, hanya sekeping hati yang jujur dan ikhlas untuk dikongsi bersama dalam mengharungi kehidupan walaupun ketika Anis susah dan resah dalam meminta pendapat dan pandangan. Di kala hati ini kesunyian untuk bermanja. Di saat diri Anis untuk menceritakan dalam kongsian kegembiraan.

Jika pertanyaan mengenai ramai yang hadir untuk menggantikan dirinya di hati Anis ketika dalam masa 2 tahun perpisahan, mereka hanya kawan semata-mata. Hati Anis sikitpun tak tertarik atau terdorong untuk mengkhianat janji terdahulu. Tidak mencari tapi masih setia walaupun diri sudah terpisah dan sendirian. Biarkan luka itu sembuh dengan sendirinya. Tapi dirinya, mencari pengganti Anis, hanya tiada yang sama seperti diri Anis dan mungkin faktor masa dan usia untuk mengulangi proses perkenalan baru. Namun, jika mungkin nanti ada yang hadir dihatinya jauh lebih baik dan hebat, nyatakanlah dan beritahulah dengan sejujur-jujurnya. Kita pasrah dan redho untuk suatu yang terbaik.

Segala musibah yang berlaku di dalam hubungan ini membawa perpisahan harus dijadikan tauladan dan contoh. Anis bukan mencari sesuatu yang ideal dan sempurna, cuma yang harmonis dan bahagia dalam mengharungi hidup yang penuh pancaroba.

Jika katanya tahun 2010, kita perlu punya komunikasi yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya…Anis tak pasti apa dia. Kalau ada rezeki antara kita…kita teruskan. Jika bukan lagi jodoh antara kita… kita leraikan dengan penuh yakin, redho dan pasrah…itulah yang terbaik.

Hina..Yakin..Ikhlas

October 7, 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Berlaku lagi saat-saat genting penuh dengan kesedihan dan kekecewaan. Entah mana silapnya. Tuduhan demi tuduhan, penafian, ketegak, ego yang penuh rasa kemarahan melingkari perhubungan. Ianya bagaikan satu persimpangan jalan yang harus Anis pilih…

Anis….bingung! Anis…kecewa! Anis…sebak! Anis…hampa! Anis terkenang saat-saat perpisahan itu. Dalam hati penuh dengan bicara halus kesedihan……

Mungkin aku ini hanya berjawatan rendah tak mampu memahami maksud dalam kiriman sms yang berbahasa inggeris itu. Antara possible atau I have to see u? Antara kesungguhan maksudnya jika diterjemahkan iaitu adakah “mungkin” atau “mesti berjumpa” tempohari? Al-maklumlah dia seorang ketua yang bukan sahaja menerajui sebuah jabatan tetapi sebuah organisasi. Kedudukan teratas terlalu jauh jurangnya dan memang tak layak untuk aku dampingi…

Adakah dia sengaja merancang berjanji tapi akhirnya memungkirkannya? Atau nanti, jika aku mempersoalkan janji itu, akhirnya jawapan yang aku terima ialah “tak mahu diri dia berada dalam tekanan dan tolong jangan timbulkan keresahan serta kerunsingan dalam hubungan ini”. Akhirnya aku dicop tak faham akan kedudukan dan jawatan yang disandang. Kesibukan tugas dan betapa kritikalnya tanggungjawab yang harus dipikul dan diselesaikan olehnya, tidak boleh untuk memberitahu aku lebih awal jika tak mampu, macam aku tak boleh memahami. Padahal janji itu terukir dari bibir manisnya.

Bila diri aku berada dalam tertekan, kata-kata lampau berlegar-legar difikiran. Pintanya untuk “aku pergi mampus” menyebabkan diri telah “mati” sebelum tiba waktunya. Diri pernah tersentak dan seakan-akan ada batu menghempap di atas kepala bila perkataan “talak” pernah dijatuhkan buat diri. Sayu hati dan baru aku tahu betapa pedih dan macam orang gila dibuatkan bila talak dijatuhkan. Bermacam-macam perasaan hadir dalam diri ini. Namun kerana kasih sayang dan cinta melangit, aku ketepikan dan tanpa endahkan kata-kata yang dilemparkan terus larut ketegak dan ego dipertahankan. Namun kini…

Aku menerima kembali ikatan hubungan, mungkin agaknya terbuai dengan kata-kata rayuan dan rasa keinginan yang tinggi untuk mengubati luka dihati, tapi akhirnya aku kembali dikecewa…

Mestikah aku memaafi dia kali ini? Haruskah aku menghalalkan perbuatan “itu”? Adakah kembali dia seketika hanya dengan niat dendam untuk mengecewakan aku? Sampai hati…….

Antara rasa hina yang membawa kehibaan……. Antara rasa yakin pada mulanya lantas berderai akhirnya……Antara rasa ikhlas yang penuh dengan harapan terus musnah berkecai…… 

Anis berteluku sebentar, menahan rasa duka dan lara dihati. Kapan hati ini boleh diubati dan sembuh? Memohon doa dariNYA mencari ubat dan penawar ghaib. Anis harus pasrah dan redho…

Adakah ianya seperti lagu ini…..”Tak Mungkin Kerana Sayang oleh Alyah