Maafkan aku Emak..Ampunkan aku Abah

May 17, 2016

Assalamualaikum,

Lama tak menulis di sini. Mungkin sudah hilang rasa……entahlah. Minggu lepas aku berada di Tanjung Malim untuk mengikuti satu bengkel. Moga bengkel ini memberi manfaat. Lagi 9 kali sesi harus aku hadirikan diri. Di sana aku berjumpa dan berkenalan dengan seorang partisipan. Beliau ditemani oleh ibu bapa. Seorang perempuan istimewa (orang kelainan upaya)  hadir untuk mengikuti bengkel tersebut. Dari segi fizikal, aku perhatikan dia, beliau mengalami kesukaran berjalan di mana,  agak perlahan, saiz kepala yang agak besar tapi punyai minda yang kuat serta semangat yang gigih. Kekurangan diri tak menghalang beliau untuk terus menimba ilmu. Aku hormati beliau. Seorang guru pendidikan khas dan juga penuntut sarjana yang  cekal dan tabah mengharungi diri seharian untuk menguruskan diri dan dalam pencarian ilmu dunia ini.

Di sini, aku menulis bukan hanya tentang diri beliau yang istimewa itu, tetapi tentang peranan ibu bapa beliau. Sepasang ibu bapa yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga menghantar pelajar itu dari Kedah ke Tanjung Malim untuk mengikuti bengkel itu. Memastikan anaknya selesa dan dapat menimba ilmu di bengkel itu. Memastikan anaknya boleh ke tandas dengan terurus, mengambilkan makanan dan memotong ayam (menu hari itu), membawa beg yang berisi notebook yang agak besar dan mungkin sedikit berat dan memimpin anaknya ketika turun dari tangga.

Aku hanya tersenyum tapi dalam hati aku menangis dan termenung seketika. Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada ibu itu kepada peranan beliau bukan sahaja sebagai kasih sayang seorang ibu tapi sebagai sokongan sosial yang benar-benar diperlukan oleh anaknya. Fikiran aku melayang… aku tak sanggup untuk menyatakan di sini….

Pastinya, mana-mana ibu atau bapa di dunia ini akan sanggup berbuat apa sahaja untuk anak-anaknya. Berkorban masa, kasih sayang, wang, pertolongan dan segalanya untuk anak tercinta. Tapi adakah kita sebagai anak ini mampu untuk membalas jasa mereka. Aku jadi takut, takut dan sedih jika aku tak mampu dan dalam tanpa sedar aku menyakiti hati mereka. Maafkan aku…ampunkan aku…wahai ibuku dan bapaku…

 

 

I LOVE U

November 22, 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Suatu petang……..

M : I LOVE U

L  : Awakkkk… hehehee

M :  Ye sayanggg…

L : Awak rindu yek kat saya yer…hehehee… tapikan awak dah kahwin…

M : Memanglah… rasa rindu, sayang dan cinta kat awak

L :  Awak selalu tak sebut I LOVE U kat ur wife?

M :  Selalu juga…

L : Last question, kalau awak selalu sebut cinta kat ur wife… so cinta awak kat saya apa gunanyer?

M : Hahahaa… soalan mudah. Seorang lelaki boleh bercinta dengan 4 perempuan sekaligus

L : huhuhuhu….. **pitam**!

Memang benar dan tiada penafian lelaki boleh bercinta dan berkahwin dengan 4 perempuan atau lebih jika berkemampuan dari semua aspek dan dimensi diri…. cuma… dot dot dot…..

Hehehehe…. Boleh buat kopi tak?…

November 22, 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Situasi 1

Manager     :  You didnt come yesterday and I have to make coffee for the guests!

Secretary    :  I was on MC yesterday… so sorry abt that. Cant you ask someone else to help you?

Situasi 2

Secretary tengah kemas dan pack semua katalog yang banyak dan dalam keadaan berpeluh-peluh dan comot…..

Manager     :  Secretary…need you to make one cup of coffee for this unexpected client.

Secretary    :  Im in the midst of cleaning and packing all these catalogues and I’m sweating… can you please ask the clerk to help you?

Clerk          :  Kak N… mcmana nak buat kopi… manalah saya tahu nak buat. berapa banyak kopi nak letak. mana cawan dia… susahlah… Saya tak retillah nak buat…

Secretary    :  uuuhhh????…. (terpaksa juga lakukan secawan kopi dalam keadaan badan yang berpeluh-peluh dan comot…)

Sukar nak ungkap situasi di atas….. seorang setiausaha tak belajar cara-cara buat kopi, teh atau hidang makanan semasa belajar di kolej atau mana-mana kursus kesetiausahaan. Semuanya perlu tahu secara semulajadi atas kehendak tugasan dan keperluan kehidupan…. Aku jadi terkedu dan terkesima… entahlahhhh….

“Siapa suruh kau belajar”

April 18, 2011

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Beberapa minggu yang sungguh memenatkan.  Pening dan bosan jadinya. Semuanya tak mahu bertanggungjawab. Macamlah aku yang pangkatnya Prof atau Dr yang boleh buat keputusan. Aku hanya boleh mencadangkan sahaja tapi jawapan kata putus mesti dari mereka. Masing-masing yang berjawatan enggan untuk duduk bersama untuk memberi satu kata putus. Balik-balik rasa nak merajuk dan tarik diri. Tapi mencari jalan penyelesaian tak pernah dicapai.

Si dia ni hendak macam ini. Si dia tu hendak macam itu. Email tak tengok, nak bincang terlalu sibuk. Bila sorang buat komen yang ini kata tak boleh macam itu, bila yang satu lagi komen, yang ini tambah berjela-jela. Lama-lama aku ditengah ini mati kena “darah tinggi”. Tolonggggggg

Ini semua gara-gara projek paper yang perlu aku buat dan lunaskan, kalau tidak tak bergraduatlah aku.

Antara suami, anak, kerjaya, belajar, emak, keluarga dan komuniti setempat semuanya berjalan dengan serentak yang kadang-kadang berkesudahan pada situasi sungguh memenatkan. “Siapa suruh kau belajar”?…itulah kata-kata kakak iparku pada suatu ketika padaku. Haruskah aku perlu berhenti, kini………………………….. (dalam hati dan fikiran ada macam-macam perkara yang sukar diberitahu dan diterjemahkan kenapa dan mengapa)………………..

Cindy Lauper : “True Colours”

February 4, 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Great and sensational song by Cindy Lauper – True Colours. Enjoy

p/s : Thanks to the owner of this video clip

Temujanji

February 4, 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Akhirnya aku akur dengan temujanji untuk makan tengahari bersama rakan sekerja di tempat lama. Ye…sudah hampir 2 tahun tidak menjejaki kaki di pejabat itu. Sebuah syarikat yang terkenal di Cyberjaya. 10 tahun lamanya diri ini menimba pengalaman, ilmu dalam erti kata lain makan gaji di situ. Pada mula saat diterima  bekerja di situ, dalam hati ada berdetik, “this will be my last job”…hehehe tapi akhirnya kaki ini telah melangkah pergi dek keinginan hati untuk meronta-ronta menamatkan “jodoh” dengan syarikat itu. Well, tiba masa dan takdir dariNYA telah menetapkan, tak boleh tunggu sesaat atau seminitpun.

Banyak yang diborakkan, perkembangan diri, anak-anak, suami dan rakan-rakan sekerja lama. Pelbagai yang aku ketahui dengan perasaan gembira, sedih, terkejut, tak sangka dengan bercampar baur. Gembira kerana ramai yang naik pangkat, berhenti kerja dengan pangkat dan jawatan yang jauh lebih hebat. Anak-anak dah besar masuk kolej, kejayaan peperiksaan yang cemerlang dan sebagainya.

Antara sepuluh rakan sekerja yang aku tanya, separuh darinya membawa berita sedih dan buat hati aku terkejut sekali. Sepanjang sepuluh tahun di sana, mereka dikatakan pasangan yang bahagia sekali. Namun, mungkin dugaan dan cabaran yang Allah swt ingin turunkan, ada yang telah berpisah, menunggu hari penceraian atau masih bertahan.

Mungkin ini semua sudah takdir ketentuan. Hidup berpasangan penuh dengan cabaran dan dugaan yang tidak pasti bila akan dilanda ombak yang kekadang bagaikan tsunami tanpa jangkaan. Rata-rata pergolakkan kerana wujudnye orang ketiga, tidak mampu untuk menangkis godaan. Dalam hidup berpasangan, hanya pasangan itu sendiri sahaja yang mengetahui hal sebenar. Orang lain hanya mampu membuat spekulasi dan andaian. Namun, dalam mempertahankan rumahtangga yang dibina, anak adalah ikatan yang sukar diputuskan. Walaupun hati dan perasaan sudah benci, marah dan terus menjadi rawan dek kerana tiada persefahaman dan khianat, namun anak-anak mengukuhkan segalanya. Tahniah pada mana-mana pasangan yang tabah dan kekal mempertahankannya walaupun hati berselumat dengan gelodak perasaan. Kadang-kadang pengorbanan diri dan menjaga hati orang lain adalah sebaiknya.

Pada rakan-rakan ku di sana yang sedang menghadapi gelora dan dugaan rumahtangga, harap sabar selalu ingat padaNYA. Dugaan ini menjadikan kita lebih tabah dan berani menghadapai cabaran yang lebih besar. Allah swt turunkan musibah kerana yakin, umatnya mampu mengatasi dan supaya kita selalu ingat dan tunduk padaNYA. Insyallah, ada hikmah yang lebih baik di masa hadapan untuk dikecapi.

p/s : Terima kasih kepada “W” kerana sudi belanja lunch tempohari


“Unposted Letter” : Salam Terakhir 2

January 30, 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

“Terpisah sudah akhirnya hubungan yang ikat sekian lama. Anis ucapkan terima kasih atas kesudian menjadi teman istimewa selama ini dan memegang janji. Mungkin cinta ini bukan untuk dimiliki tapi untuk dirasai. Orang kata, cinta sejati ibarat angin bayu yang bertiup terasa segar di pipi dan nyaman di hati tanpa boleh dilihat. Terkubur segala memori  tanpa batu nisan sebagai tanda, namun ianya segar diingatan tiap detik bersama terutama tiap kali Anis cuba lelap dan tutup mata ini.

Jika bertemu pengganti Anis, moga jauh lebih baik dan dapat memahami sesungguhnya hati, perasaan, kerjaya, kedudukan dan segala aktiviti perancangan kehidupan. Ucapan terima kasih padanya kerana mampu memberi kebahagiaan, kegembiraan dan kepuasan.

Percayalah kemarahan akan reda dan pasti suatu hari nanti Abg akan memahami kenapa Anis bertindak untuk memutuskan hubungan ini. Pahit di jangka pendek tapi di jangka panjang adalah yang terbaik.  Harap tabah dan percayalah kegembiraan dan ketenangan akan berpihak di tempat Abg……………”


Awan Nano

January 30, 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Suka sangat lagu ni. Tempo dan melodi yang menarik serta lirik yang indah. Ditambah dengan lakonan Hafiz dengan Hermantino sangat mengesankan. Tahniah Hafiz!.

Lirik Awan Nano – Hafiz AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


 

p/s : terima kasih kepada tuanpunya vidoe di youtube

 

“Unposted Letter” : Salam Terakhir

January 23, 2011

“Salam, Anis ada satu permintaan terakhir. Minta sangat tolong tunaikan. Ianya untuk kebaikan bersama. Tolong jangan cari Anis di media mana sekalipun. Anggaplah Anis sudah tiada lagi di dunia untuk dihubungi. Kita putus cara baik. Kita padam segala memori. Kita bebas untuk lakukan apa saje. Tolong tunaikan. Salam akhir dari Anis, jaga diri, ur parents & family”

Itulah kata-kata kiriman sms terakhir dari Anis untuk seorang yang sungguh istimewa di hati Anis. Namun desakan, lukanya hati, peristiwa yang berlaku hingga Anis membuat keputusan melepaskan sekali lagi hubungan ini. Tak tahu kenapa, hati ini kembali remuk dan berkecai.

Anis tak perlu lagi untuk berkata-kata. Mulut ini bagaikan terkunci rapat dan jari jemari ini menjadi kaku untuk membalas sms. Hanya perasaan hati yang membuak-buak atas kekecewaan dan dalam fikiran yang ligat berkata-kata..kenapa dan mengapa?

Anis hanya perlu senyap membisu dan biarkan saja pekara ini berulang lagi. NEKAD? Beribu kali sudah nekad! Namun dek kerana SAYANG dan CINTA menyebabkan Anis berulang kali kembali menerima hubungan ini walaupun beribu kali juga telah dikecewakan. Bodohkan Anis? Masih tegar menyimpan perasaan sayang dan cinta walaupun sudah pernah “ditalakkan” malah dimaki hamun dengan kata hina “pergi mampus”…. tapi Anis tetap sabar. Apakah erti semua ini?? Katanya Anis perlu positif? Positif sehingga membiarkan apa sahaja yang dilakukan tanpa boleh bertanya dan mempersoalkan?.

Bukan Anis menghalang atau mengongkong perjalanan hidup tapi cubalah ikhlas atau jujur sekali untuk Anis.

Jika ingin simpan 10 # sekalipun, simpanlah dan gunakanlah untuk perkara yang baik. Dan jika memberitahu, nyatakanlah perkara yang benar dan betul. Jangan sekali-kali kata no. itu dah tak valid dan tidak boleh digunakan lagi padahal ianya masih aktif dan boleh dihubungi. Apakah maksud penyataan itu. Alasan hp itu dijadikan alarm adalah sangat tidak berasas. Tidak bolehkah hp yang dua lagi itu dijadikan alarm?? perlu 3 hp untuk dijadikan alarm? atau alarm 013 adalah alarm istimewa?. Kecewa Anis dengan 013 adalah kerana dahulu Anis berjaya memerangkap aktiviti “malam” beliau apabila berada di out station. Tapi Anis tetap sabar, kalau benar itu adalah keinginan untuk mengisi kesunyian hatinya. Dipersilakan….

Kini, buatlah apa sahaja perkara mengikut kehendak dan keinginan yang bersesuaian dengan perjalanan kehidupan. Tiada lagi labelan pertanyaan “provokasi” Anis yang dikatakan meletihkan fikiran.

Kata-kata biarlah ianya datang dengan sendiri sebenarnya sudah lama hadir sejak dari awal pertemuan. Ianya teguh dan terlalu yakin akan kebenarannya. Namun, harapan musnah dan ianya telah hilang di awal kali perpisahan dahulu. Terlalu mengharapkan dia untuk menyembuhkannya tapi ianya tidak hadir dan terus tenggelam…

KISS

May 3, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

KISS ~~ Keep It Simple and Sweet. Satu akronim yang ringkas, mudah dan tepat. Thanks M!. Yeah yeah yeah… akan ku praktikkan. Manusia kalau nak jelaskan sesuatu mesti nak meleret-leret kalau dalam keadaan tersepit atau cuba mengelak. Itu yang aku perhatikan, termasuklah dalam diriku ini. Mungkin ianya adalah tindakan refleks atau perasaan semulajadi manusia. Tidak dinafikan. Namun jika inginkan sesuatu respons atas persoalan yang diajukan pula selalu inginkan yang tepat sahaja. Bagaikan untuk memenuhi ruang lingkup perasaan yang menyeluruh.

Setiap butir patah perkataan yang keluar dari mulut kita ini sememangnya memberi kesan secara langsung atau tidak langsung oleh penerima. Apakah tujuan mesej melalui patah perkataan itu? Adakah ianya hanya tersurat atau tersirat penuh makna.

Manakala penerima mesej itu pula akan membuat beberapa proses persepsi pemikiran manusia melalui rangsangan untuk pemilihan, penyusunan dan akhir sekali ialah interpretasi iaitu memberi makna atas sesuatu mesej yang diterima. Itu semua dikatakan berlaku di dalam kotak pemikiran manusia yang mampu dan bijak dalam membuat rational yang terbaik dan munasabah. Sebab itu ada pepatah atau kata-kata pujangga mengatakan bahawa……

“Kepetahan Lidah Umpama Halilintar, Membelah Bumi, Menggegarkan Dunia”.  Gerrrrrrrrrrrrrrrrr….